Setiap kali tiba hari raya, tak kisah Aidilfitri atau Aidiladha, jauh di sudut hati bergetar kencang tatkala mendengar alunan takbir raya. Air mata bagaikan terlalu murah untuk menonjolkan dirinya kepada dunia. Lemah.
ya, cerita disebaliknya adalah arwah Abah, Wan Ismail bin Wan Yusoff, seorang yang dikurniakan Allah s.w.t dengan suara yang merdu, mengalunkan takbir raya dengan indahnya ketika hayatnya.
Sejak aku kecil, sudah menjadi satu kemestian bahawa Abah akan menjadi salah seorang yang akan mengalunkan takbir raya di surau di kampungku. Kelunakan suara Abah bagaikan tiada tandingan bagiku.
Tanpa perlu paksa, meneran suara, Allahu Akbarullahu Akbarullahu Akbar, dialun dengan indahnya. Alunannya pasti bisa membuatkan orang lain tertarik dan terikut-ikut untuk turut mengalunkannya sama. Aku juga sama.
Sejak kecil sehingga aku dewasa, tidak terlepas mendengar alunan takbir Abah. Sehinggalah Abah kembali menemui Penciptanya pada tahun 2010, raya tidak kurasakan seperti raya kerana tiada alunan takbir dari Abah. Sampai begitu sekali.
Aku kagum dengan Abah. Seorang yang serba boleh dalam agama. Dia lah Imam, Dia lah Bilal. Suara lunaknya mengimamkan solat, melaungkan azan, mengalunkan takbir dan bacaan al-quran sangat sangat sangat menjadi dambaanku.
Aku? Jauh sekali... terlalu jauh untuk mencapai tahap Abah. Bagiku, aku belum layak untuk menyentuh kakinya sekalipun. Sungguh aku menyesal kerana tidak belajar semua benda dari Abah ketika diberi kesempatan dahulu. MasyaAllah.
Aku bangga menjadi anak Abah. Sangat-sangat bersyukur dilahirkan sebagai anaknya. Alhamdulillah ya Allah kerana memberi kesempatan kepada kami adik-beradik untuk mengenali insan yang bernama Wan Ismail bin Wan Yusoff.
Kami sangat menyayangi Abah namun Allah s.w.t lebih menyayanginya.
Semoga Abah tenang di sana di sisi Allah s.w.t.
Al-Fatihah.
Salam Aidiladha.
Thursday, September 24, 2015
Monday, April 21, 2014
In A Memory, Mama : Part 1
Sabtu - 20hb April 2013
“Mama… Mama kena makanlah sikit, nanti
kan nak makan ubat.” Kataku melalui telefon kepada Mama. Mama tak lalu makan. Mama
dimasukkan ke Hospital Machang kerana mengalami demam dan sesak nafas. Tekanan darah
Mama juga rendah. Dan harini adalah hari kedua Mama di hospital. Mama sekadar
mengiyakan kata-kataku dengan lemah. Aku tahu, Mama mengangguk-angguk
kepalanya.
“Tak selera pun makanlah sikit Ma,
dua tiga sudu pun cukuplah, dah makan ubat nanti boleh lah ..”
“Lev yu” Mama mencelah.
Bebelan aku terus mati disitu. “Lev
yu too Ma” balasku tersenyum. ……………..
Ahad - 21hb April 2013
10.30 pagi
Aku di dalam bas dalam perjalanan
pulang ke Kelantan. Whatsapp Kacik malam tadi mendorong aku untuk pulang ke
kampung. Kacik adalah adikku yang tinggal dengan Mama sejak Abah meninggal
dunia. Kacik dan Adik (adikku yang bongsu baru lepas dapat result SPM) serta
Mok (ibu kepada Mama, nenek kami) bergilir menjaga Mama di hospital. Oleh sebab
Kacik mempunyai anak kecil, Adik lah yang banyak menemani Mama.
“Sedih tengok Mama tadi, duk
beraduhh je, memang bukan macam Mama yang selalu”.
“Mama cakap sakit beranak pun tak
ada sakit sampai macam ni”.
Aku membacanya berulang kali.
Aku whatsapp Kacik untuk bertanyakannya perkembangan
Mama. Turun naik demam Mama. Mama asyik nak cabut oksigen, tak selesa. Disebabkan
itu, kedua tangan Mama kena ikat. Ya Allah, kenapa sampai kena ikat. Sakit jiwa
hati perasaan aku membayangkannya.
Dalam jam 12.30 tengahari
Mama dipindahkan ke Hospital Kuala
Krai. Katanya untuk Brain CT Scan. Terfikir sekejap aku, kenapa sampai perlu
discan otak? Apa-apapun aku berharap sangat-sangat dalam hati semoga apa yang doktor
ikhtiarkan dapat menyembuhkan Mama semula
Kira-kira jam 1.30 tengahari
Kacik memberitahu mereka sudah
berada di hospital Kuala Krai. CT Scan masih tak boleh dibuat lagi kerana
condition Mama tiba-tiba tak stabil. 4-5 orang doktor datang kerumun Mama. Aku dah
tak sedap hati. Kacik menyuruh aku berdoa banyak-banyak supaya condition Mama
kembali stabil. Dalam hati aku tak putus-putus berdoa. Aku nak tengok Mama depan
mata sendiri, Mama senyum Mama ketawa Mama bercakap riang.
Sejam kemudian, Kacik beritahu yang
Mama berada dalam keadaan kritikal. Aku call Kacik. Kedengaran suara dia yang
sangat susah hati. Aku terus berdoa akan tetapi aku dah terbayangkan perkara
yang tak patut. Situasi ini sama seperti situasi Abah dahulu. Ah, aku buang
fikiran itu jauh-jauh. Aku tak suka.
Kira-kira jam 4 petang, Kacik mengatakan
condition Mama sudah stabil. Setelah doktor masukkan darah, tekanan darah Mama
naik cantik. Alhamdulillah. Syukurnya aku. Lega. Aku berkira-kira dalam sejam
lagi aku akan sampai ke Kuala Krai, tempat di mana Mama berada. Tak sabar aku
nak menjaga Mama, menatap wajah Mama. Bas seperti lambat pula hendak sampai ke
destinasiku.
4.20 petang
Kacik menelefonku. “Din,
Mama dah takde dah…” suara Kacik tenggelam timbul dalam esak tangisnya.
“Innalillahiwa
innailaihirojioun. Okay Cik, sabar ye” jawabku juga dalam suara putus-putus.
Ya Allah. Otak aku kosong. Perasaan
yang sama aku rasai seperti mula-mula mendengar berita ketiadaan Abah dahulu. Aku
memandang ke luar tingkap. Hujan yang turun dari tadi masih renyai. Pokok-pokok
sawit ku lihat berlalu laju. Tanpa sedar mata aku bergenang, air mata aku jatuh
setitik dua. Hati aku sudah sedikit kuat disebabkan pernah merasai keperitan
ketiadaan Abah dahulu. Berulang kali al-Fatihah dibaca untuk Mama.
Sayu…
Sayu…
5.00 petang
Aku sampai di
Kuala Krai. Kacik dan Apih (suami Kacik) serta anak-anaknya menyambut
kedatangan aku lalu membawaku ke hospital. Sampai sahaja di hospital, aku terus
ke wad di mana Mama ditempatkan. Di pintu masuk, aku terjumpa Adik. Terus Adik datang
memelukku. Aku peluk Adik, rapat. Aku lihat mata Adik bengkak. Sungguh tabahnya
diri Adik yang mampu berada di sisi Mama sehingga Mama menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
Terus aku bergerak ke katil Mama, tubuh
Mama kulihat sudah ditutup dengan selimut. Ada ibu mertua kakak serta dua tiga
orang yang aku tak berapa ingat, sedang membaca yaasin di sisi katil. Aku menyelak
selimut bahagian muka Mama, yea itu Mama. Mama kelihatan seperti sedang tidur,
sangat tenang. Tanganku merasa dahinya, sejuk. Jariku diletakkan pada hidung
Mama, tiada hembusan nafas. Jelas, aku masih mahu memastikan sendiri keadaan
Mama. Aku bacakan yaasin sementara menunggu doktor mengkafankan Mama untuk dibawa
balik ke rumah..
Setelah Kacik selesai menguruskan borang-borang
untuk mengeluarkan Mama dari wad, aku menyorong troli untuk membawa Mama ke van
jenazah. Dengan bantuan petugas hospital, jenazah Mama selamat dimasukkan ke
dalam van. Aku dan Adik menaiki van jenazah, duduk di sebelah jenazah Mama. Sayu
hatiku mengenangkan ketika Abah meninggal, Mama yang duduk di bahagian belakang
van bersebelahan jenazah Abah. Kini, aku pula yang duduk di bahagian belakang
van menemani jenazah Mama.
Aku memalingkan muka ke arah luar
tingkap van, hujan masih renyai. Sesekali mencuri pandang jenazah Mama, aku
sayu. Tidak semena-mena, air mata aku melimpah. Aku menangis, banyak. Aku sudah
tak mampu tahan. Satu-persatu kenangan bersama Mama datang menjelma. Senyuman Mama,
tawa Mama, kata-kata nasihat Mama, semuanya mula menjajah pemikiranku. Air mataku
semakin banyak, menangis seperti budak kecil…… Tangisan aku hanya berhenti
setelah van sampai di rumah Mok (ibu kepada Mama, nenek kami), kira-kira 45
minit perjalanan.
Setelah jenazah Mama diletakkan di
suatu sudut, disalinkan kain kafan Mama dengan kain batik, selimut. Tetamu-tetamu
yang hadir mula membaca yaasin disekeliling Mama. Aku kadang-kadang terlupa,
mencari-cari Mama di mana kerana selalunya jika ada sesuatu keramaian, Mama lah
yang paling sibuk di dapur dan melayan orang. Tetapi ini adalah keramaian untuk
Mama…..
Kakak sampai dari Perlis kira-kira jam 9.45malam. Kakak peluk aku rapat.
Pelukan kesedihan. Aku bisikkan kepada Kakak, Mama nampak macam sedang senyum. Ejah
pula sampai kira-kira jam 11 malam. Seorang demi seorang memeluk Ejah. Dia
paling sedih. Dia baru sahaja menghabiskan cutinya di kampung untuk bersama
Mama minggu lepas dalam keadaan Mama yang sihat, hari ini Mama sudah tiada.
Aku sangat penat malam itu, hampir
tidur kemudiannya rakanku Masitah (ibubapanya juga sudah meninggal dunia),
menyuruhku agar jangan tidur. Berjaga, membaca yaasin dan menemani jenazah Mama
sepanjang malam itu. Dia tidak mahu aku menyesal di kemudian hari. Lalu aku dan
adik beradikku bergilir-gilir membaca yaasin hingga ke pagi. Terima kasih
Masitah.
Isnin – 22hb April 2013
Pagi itu, saudara-mara dan rakan
Mama ramai datang melawat. Aku dan beberapa orang mengangkat jenazah Mama ke
tempat pemandian. Kakak dan adik-adikku (aku anak lelaki tunggal) serta
beberapa orang lama memandikan Mama. Ketika proses pemandian, aku hanya melihat
adik-beradikku tenang memandikan Mama.
Selesai memandikan jenazah Mama, aku
sekali lagi bersama beberapa orang mengangkat jenazah Mama ke sudut untuk
dikafankan. Aku turut membantu mengkafankan Mama. Hanya bahagian muka Mama
sahaja tidak ditutup. Hampir selesai, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku tahu,
itu adalah waktu untuk melihat wajah Mama, untuk kali terakhir. Aku biarkan
adik beradikku dulu yang pergi mencium Mama. Aku hanya mententeramkan
diri-sendiri untuk elakkan rasa sedih.
Sampai giliran aku, aku memandang
wajah Mama yang tenang. Ya Allah, Mama sangat cantik. Wajah inilah yang tak
pernah puas aku tatap sejak dari kecil. Aku cium dahi Mama, sejuk. Cium pipi
hidung dagu, muka Mama aku cium banyak-banyak. Aku peluk Mama dan lagakan pipi
kiri-kanan (trademark kami anak beranak apabila hendak berpisah) dan cium dahi
Mama, lama. Mataku mula berkaca, lantas
aku berjalan laju masuk ke bilik, menangis semahu-mahunya…..
Setelah selesai solat jenazah,
jenazah Mama dibawa ke tanah perkuburan. Aku, Apih (suami Kacik) dan Abe Yus
(suami kakak) masuk ke liang lahad untuk menyambut jenazah Mama. Cahaya
matahari pagi itu tidak terasa panas dengan aku hanya mengosongkan fikiran bagi
menyelesaikan pengkebumian Mama. Dengan bantuan saudara dan orang kampung,
jenazah Mama selamat dikebumikan kira-kira jam 11.00 pagi. Talqin dibaca. Aku melihat
adik-beradikku. Fikiran aku jauh menerawang memikirkan kehidupan tanpa Mama di
sisi kami adik-beradik.
Kami adik-beradik kini bergelar
yatim-piatu. Kami bersyukur kerana Allah telah ambil Mama dan Abah dalam
keadaan yang sangat baik. Tidak perlu menderita kesakitan dengan lama. Allah tidak
akan memberi ujian melebihi kemampuan hamba-hambaNya. Kami redha ya Allah. Dari
Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Mama, wanita pertama dan selamanya
aku cintai
Mama, wanita yang tak tahu bagaimana
untuk menyakitkan hati orang
Mama, wanita yang tak tahu
bagaimana hendak membenci orang
Mama, wanita yang tak tahu
bagaimana untuk merasai perasaan penat.
Mama, wanita yang tak tahu
bagaimana untuk mengawal air matanya
Mama, wanita yang penuh dengan
kasih sayang.
Mama, kami hanya mampu menjaga Mama
setakat ini sahaja.
Ijen rindu Mama, Ijen sangat sayang
Mama.
Nawal binti Mohd Nor
13.12.1959 – 21.4.2013
Al-Fatihah
2
komen je
Labels:
Yang Tersayang
Wednesday, July 20, 2011
Dulu.......... (Part 1)
kisah masa kecik-kecik dulu.. sekitar zaman sekolah rendah...
2. dulu... kalau main buaian, suka main guna perut.. ala-ala superman kononnya.. ada yang tak faham? main buaian macam biasa yang bezanya orang letak bontot, aku letak perut.. confirm ramai pernah buatnya..
3. dulu... pernah kumpul banyak-banyak kad power rangers, flashman, maskman.. ada yang dapat bila menang main tepuk kad pun ada.. ala, main yang tepuk sampai kad tu terbalik tuh.. kad mana yang terbalik tuh, kita dapat.. haihh, kecik-kecik dah ada unsur judi..
4. dulu.. juara main tudung botol.. sampai member-member fed up nak main dengan aku.. yela, main sampai 1000 mata pun tak mati-mati lagi.. (berlagaklah kau!).. haha! sori geng!
5. dulu... suka main tepuk batang aiskrim.. taktik nak senang menang, hiris batang aiskrim ke tahap paling nipis.. ringan, senang melambung bila tepuk.. batang aiskrim macam dalam gambar bawah ni la.. tapi yang ni belum dihiris-hiris, didesignkan dengan lukis corak lagi kat batang tuh..
6. dulu... suka main lawan pemadam.. pemadam idaman adalah yang ada gambar negara-negara.. selalu guna pemadam yang ada gambar negara brazil, sebab masa tu brazil kuasa bolasepak teragung! siapa yang guna pemadam staedler tu memang macam sial lah.. haha!
tengok! tebal gila.. susah la nak tindih., tapi boleh je menang, susah sikit la.. sumber gambar
7. dulu.. tengok brader-brader yang dah habis sekolah main bola, nampak diorang dah tua gila.. aku dah 25 tahun kenapa tak rasa tua ni? tak sedar diri?
kenapa aku guna gambar khairul fahmi che mat? sumber gambar
8. dulu.. bawak semua buku pergi sekolah tanpa tengok jadual.. beg berat pun tak kisah.. katanya senang tiada masalah buku tertinggal.. dah naik sekolah menengah baru reti pilih buku ikut jadual.. yela, zaman sekolah menengah, siapa bawak beg paling kecik dia lah yang paling style!
9. dulu.. sebelum balik sekolah semua salam cium tangan cikgu (perempuan).. naik sekolah menengah takde pun acara ni.. kenapa eh?
4
komen je
Labels:
Perihal Diri
Sunday, July 17, 2011
HER
i miss her very very very much... badly.......!
why didn't i get this feeling before?
..............
5
komen je
Labels:
Perihal Diri
Sunday, May 22, 2011
Tamak Selalu Rugi
suatu malam yang hening... ketika musim nyamuk membiak
nyamuk memang banyak.. tepuk seekor, seekor lagi datang.. marah memang marah.. tapi dah memang nyamuk makan darah, apa nak buat? mencarut jela dalam hati.. haha
tiba-tiba, isi perut bergelojak.. punggung terkemut-kemut menahan bahan kumuh dari keluar sewenang-wenangnya.. lalu aku berjalan laju menuju jamban rumahku.. seperti yang diketahui, nyamuk sangat banyak.. dalam mencangkung itu,sekali teran je selepas itu tumpuan aku terganggu.. lebih ke arah nyamuk..
nyamuk-nyamuk hinggap di pergelangan kaki, betis, paha dan %^$#*^$ aku.. ingin je aku tepuk sekuat hati sekor-sekor nyamuk.. tapi, kalau aku tepuk paha aku, tumpuan aku untuk @#^#@&* akan terus hilang.. jadi aku mengambil keputusan untuk meniup sahaja.. ya, tiup sahaja nyamuk-nyamuk itu..
hinggap di paha, aku tiup.. mereka terbang dan datang yang lain hinggap di pergelangan kaki, aku tiup lagi.. begitulah seterusnya.. nyamuk-nyamuk hanya sempat menjamah darah manisku sedikit seorang eh seekor..
datang seekor nyamuk yang kelihatan amat berani, nyamuk jantan kot.. hinggap di pergelangan kaki.. aku masih mencangkung.. aku tiup, dia tak terbang pergi.. aku tiup kuat lagi, still melekat.. tiup makin kuat, masih sedap dia menghirup darahku..
PAAPPPPP!!
aku tepuk dengan kuat sebagai pelepas geram.. tersembur-sembur darah keluar dari perutnya (padahal darah aku jugak).. kemudian, melihatkan keadaan itu otak lembabku berfikir.. mati dah nyamuk ni, kalau nyamuk ni gigit sedikit demi sedikit mungkin dia masih hidup.. dia tamak punya pasal kasihan kena tepuk dengan aku..
ya, dalam dunia manusia juga sering disebut orang yang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang.. kesimpulannya, sebenarnya kejadian alam juga banyak mengajar kita mempelajari erti hidup, perhatikanlah..
ini hanya salah satu contoh..
*tahniah untuk aku akhirnya berjaya mencapai 100 entry setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia blogger.. 2 tahun 100 entry? jadilah tu.. aku bukan penulis yang tegar pun.. bangga! :D
Moral Of The Story - bawa ubat nyamuk kalau ber*k tengah malam
nyamuk memang banyak.. tepuk seekor, seekor lagi datang.. marah memang marah.. tapi dah memang nyamuk makan darah, apa nak buat? mencarut jela dalam hati.. haha
tiba-tiba, isi perut bergelojak.. punggung terkemut-kemut menahan bahan kumuh dari keluar sewenang-wenangnya.. lalu aku berjalan laju menuju jamban rumahku.. seperti yang diketahui, nyamuk sangat banyak.. dalam mencangkung itu,sekali teran je selepas itu tumpuan aku terganggu.. lebih ke arah nyamuk..
nyamuk-nyamuk hinggap di pergelangan kaki, betis, paha dan %^$#*^$ aku.. ingin je aku tepuk sekuat hati sekor-sekor nyamuk.. tapi, kalau aku tepuk paha aku, tumpuan aku untuk @#^#@&* akan terus hilang.. jadi aku mengambil keputusan untuk meniup sahaja.. ya, tiup sahaja nyamuk-nyamuk itu..
hinggap di paha, aku tiup.. mereka terbang dan datang yang lain hinggap di pergelangan kaki, aku tiup lagi.. begitulah seterusnya.. nyamuk-nyamuk hanya sempat menjamah darah manisku sedikit seorang eh seekor..
datang seekor nyamuk yang kelihatan amat berani, nyamuk jantan kot.. hinggap di pergelangan kaki.. aku masih mencangkung.. aku tiup, dia tak terbang pergi.. aku tiup kuat lagi, still melekat.. tiup makin kuat, masih sedap dia menghirup darahku..
PAAPPPPP!!
aku tepuk dengan kuat sebagai pelepas geram.. tersembur-sembur darah keluar dari perutnya (padahal darah aku jugak).. kemudian, melihatkan keadaan itu otak lembabku berfikir.. mati dah nyamuk ni, kalau nyamuk ni gigit sedikit demi sedikit mungkin dia masih hidup.. dia tamak punya pasal kasihan kena tepuk dengan aku..
ya, dalam dunia manusia juga sering disebut orang yang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang.. kesimpulannya, sebenarnya kejadian alam juga banyak mengajar kita mempelajari erti hidup, perhatikanlah..
ini hanya salah satu contoh..
*tahniah untuk aku akhirnya berjaya mencapai 100 entry setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia blogger.. 2 tahun 100 entry? jadilah tu.. aku bukan penulis yang tegar pun.. bangga! :D
Moral Of The Story - bawa ubat nyamuk kalau ber*k tengah malam
Wednesday, April 6, 2011
In A Memory, Abah : Part 6
setahun sudah Abah pergi menghadap Ilahi... terasa seperti sejam yang lepas aku menguruskan jenazahnya..
sudah lama aku tak menulis cerita pasal Abah.. mengelakkan kesedihan, menafikan perasaan sendiri, berlagak kuat antara faktor untuk tidak menulis.. sekarang dah setahun, aku terasa terpanggil.. sekurang-kurangnya bila aku tua esok-esok aku boleh baca balik apa yang aku tulis ni, dengan itu ingatan aku terhadap Abah takkan luput dimamah usia..
ini adalah antara ayat-ayat Abah yang aku gemari sepanjang Abah masih bersama kami
1. "hok besar tok buleh pukul hok kecik!"
ajaran Abah yang paling aku minat dalam membesarkan kami adik-beradik.. yang besar tak boleh pukul yang kecil.. maksudnya, dalam adik-beradik aku, siapa-siapa tak boleh pukul yang lebih muda dari diri sendiri.. kalau pukul, Abah akan pukul yang lebih tua even yang muda buat salah.. aku selalu kena, sebabnya aku anak lelaki tunggal.. kalau berebut something, confirm lah aku guna kekerasan.. bila aku pukul, adik aku nangis then Abah datang pukul aku.. kadang-kadang adik-adik aku (lebih-lebih lagi kacik) saja buat aku marah sebab tahu aku tak boleh pukul dia!! aku memang tak setuju dengan Abah dalam hal ni pada mulanya.. bila dah besar panjang, baru faham kenapa Abah buat macam tu.. mendidik diri untuk tidak menganiayai adik-adik... kadang-kadang masa Abah takde kat rumah, pergi kerja ke, aku balun je adik-adik aku.. hahaahahaha!!
2. "tok gerok tok bangung!"
selalunya Abah akan sebut ayat ni setiap pagi... yelah, adik-beradik aku memang liat nak bangun pagi.. kalau mama kejut, confirm makin malas nak bangun.. tu yang Abah bengang.. selagi tak kejut, tak bangun... aku dulu tak setuju jugaklah dengan Abah.. yela, dah tak kejut, memanglah tak bangun!! tapi dulu setiap kali Abah sebut ayat nih, kami adik-beradik automatik bangun kemas-kemas tempat tidur even mata still tak boleh celik lagi.. sebabnya ayat ni kadang-kadang masuk dalam mimpi.. nak tunjuk nya takut ke Abah.. hahaha.. sekarang dah faham, Abah mahukan anak-anak dia boleh bangun sendiri tanpa dikejut...
3. "sempokoh!", "poha'k eh!"
ayat-ayat ni selalu keluar dari mulut Abah kalau dia annoying tentang sesuatu... aku tak tahulah ayat ni ada dalam loghat kelantan ke tak.. sebabnya aku tak pernah dengar member-member kelantan aku sebut tapi Abah selalu sebut... bila tanya Abah "sempokoh" tu apa, Abah jawab "tahu tak binatang yang jalan lembab, tak boleh fikir diri sendiri, sempokoh la tuh" aku, "haaa?" tak faham then biarkan je.. sama jugak dengan "poha'k".. yang penting, aku tahu bila Abah sebut ayat-ayat nih, memang dia menyampah gila-gila la tu...
4. "mentaliti kelas ketiga"
ayat ni Abah selalu sebut dalam ceramah beliau di meja makan, semasa dipicit belakangnya, dan di depan tv semasa menonton drama melayu... "tu mentaliti kelas ketiga la tu" kata Abah bila menonton drama melayu yang mengandungi elemen hasad dengki, takbur, derhaka dll... "Abah tak nak anak-anak Abah duduk dalam lingkungan mentaliti kelas ketiga, biar mentaliti kita di kelas pertama" ceramah di meja makan... Abah nak anak-anak dia mempunyai pemikiran yang tidak menghancurkan orang lain untuk mara ke hadapan, mahu anak-anak dia matang dalam membuat segala keputusan, matang dalam mengekspresikan emosi.... tapi, kenapa "mentaliti kelas ketiga" bah? kenapa bukan keempat, kelima, kesepuluh? sampai sekarang aku terfikir.. ahaha!
5. "uuweik-uuweik", "papa embam", "dampai-dampai"
ayat-ayat ni Abah selalu sebut bila kami sekeluarga di dalam kereta.. "uuweik-uuweik" Abah sebut bila kereta melintasi bonggol jalan perlahan-lahan, "papa embam" Abah sebut ketika ternampak kapal terbang di langit, "dampai-dampai" Abah sebut bila dah sampai rumah... sebenarnya, semua ayat ni berasal dari aku.. aku yang start sebut masa aku kecil dan tengah pelat-pelat lagi.. tapi Abah yang selalu ulang... bila Abah sebut, aku hanya mampu tersenyum dan tergelak kecil.. tapi dalam hati aku sangat gembira sebab Abah mengingatkan aku yang aku mempunyai masa manja dengannya....
6. "abah ni abah kan"
ayat ni paling susah nak bangkang... memang kenyataan Abah tu Abah.. Abah selalu ajar anak-anak dia basuh pinggan sendiri lepas makan.. tapi Abah tak basuh pinggan dia pulak.. aku pernah bising sekali cakap "Abah tak basuh pinggan boleh pulak" then, jawapan Abah sangat simple, "Abah ni abah kan?"... aku senyap, tak boleh lawan!!! dan jugak bila aku takde duit sangat-sangat then tak mintak dekat Abah, Abah memang marah.. aku tak mintak sebab aku tahu abah bukannya banyak duit.. kami sekeluarga hidup cukup-cukup makan je tapi alhamdulillah bahagia... "kenapa tak mintak dengan Abah? walaupun Abah takde duit, Abah ni kan abah.. tahulah Abah nak cari kat mana"....... Abah, you're such a great Abah!
inilah antara ayat-ayat Abah yang masih terngiang-ngiang dekat telinga aku.. ada banyak lagi, tapi inilah yang favourite aku... bila rindu Abah, ingat balik pasal ayat-ayat ni, aku happy.. sangat happy.. aku bersyukur ya Allah kerana memberi aku kesempatan mengenal hati budi seorang insan bernama Wan Ismail Wan Yusoff....:')
semalam, 6hb April 2011, genap setahun Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga.. semoga roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di sisiNya...
Al-Fatihah~
Moral Of The Story - kenangan adalah sesuatu yang indah
15
komen je
Labels:
Yang Tersayang
Thursday, March 10, 2011
Saya Suka Syair
darjah 4 ke 5 macam tu lah.. tak berapa ingat
sekolah kebangsaan sungai karang
selain matematik, mata pelajaran yang aku suka adalah bahasa melayu..
kenapa? sebab senang nak jawab.. tak macam bahasa inggeris..
lagi pulak bahasa melayu ada peribahasa, simpulan bahasa, penanda wacana yang indah-indah..
owh, zaman sekolah~
waktu yang paling aku suka adalah ketika cikgu mengajar tentang syair.. sebelum-sebelum ni aku selalu tengok dekat tv, rancangan kanak-kanak bersyair, kakak aku bersyair dalam bilik, mudah.. tampak mudah....
sebelum cikgu memberi maksud sebenar mengenai syair tersebut, cikgu pun mintaklah volunteer untuk mendeklamasikan syair (eh, deklamasi ke?) kat depan.. aku bingkas bangun membawa buku teks lalu menuju ke depan kelas.. *pergh, dulu aku berani sial.. hahaha!
"ok faizin, sila lah bersyair".. aku pun bersyair dengan penuh perasaan.. dari satu rangkap ke satu rangkap aku susun nada dengan mendayu-dayu.. cukup indah bagiku, terasa seperti di awang-awangan..
selesai je, "terima kasih faizin, ok seorang lagi cuba".. member aku seorang lagi mencuba nasib.. namanya nazirulhaq... selesai sahaja, "bagus nazirul, indah sekali syair awak"....
pergh!!!! aku ni cikgu tak puji pun!!!!! patutlah sekarang aku dah tak berani menvolunteerkan diri dalam apa-apa bidang~!
kemudian, baru ku sedar, aku kekurangan anugerah Tuhan dari segi keLUNAKan suara....
*credit to citahrudin kerana mengingatkan zaman persekolahan~
Moral Of The Story - syukuri nikmat Allah..
10
komen je
Labels:
Perihal Diri
Subscribe to:
Posts (Atom)