Wednesday, June 30, 2010
Perihal Jodoh
Tuesday, June 29, 2010
Top 5 Makanan Kegemaran
Monday, June 28, 2010
Surat Cinta
Cinta monyet masa sekolah dulu (untuk budak-budak yang lahir tahun 80-an dan awal 90-an) memang best kan? Tak macam budak-budak sekolah sekarang kalau ngorat je minta nombor handphone.. budak dulu-dulu minta nombor telefon rumah je, tu pun fikir banyak kali nak call ke tak takut-takut ayah or abang budak perempuan tu yang jawab, tak ke kena tengking, ceramah bagai.. haha!
Satu cara lagi yang paling berkesan adalah menulis surat cinta.. korang pun mesti pernah kan? Jangan tak ngaku.. hoho..:P
Benda ni terjadi kat aku masa aku form 5.. minat kat budak kelas sebelah.. kiranya ni first love aku la, terpikat kat sorang budak perempuan ni masa form 3 lagi tapi form 5 baru berani nak ngorat.. hahaha.. penakut rupanya si jay nih.. malu la weh!
Okeh! Aku minta tolong budak yang duduk sebelah dia bagi dia surat aku.. nak tahu apa aku tulis?
Ada seorang gadis cantik,
Berdebar-debar jantung melihatnya,
Siapakah di dalam fikirannya,
Yang dimimpikannya siang dan malam,
Saya tak tahu,
Tapi harap-haraplah ianya saya..
Jiwang tak? Perempuan-perempuan yang baca ni cair tak? Hahaha.. ni isi penting je, yang kata-kata aluan semua tu takkan aku nak letak jugak kan... entah apa la perasaan budak perempuan tu masa baca ni, tersentuh ke, geli perut ke, mereng kejap ke.. malu pulak bila fikir balik.. haha!
Ayat ni aku dapat dari lagu dalam cerita Hindustan.. sangat puitis.. cewahh! Best tak cinta monyet aku? Macam monyet tak? Bengong! Hahahaha!
Moral Of The Story – cerita Hindustan memang banyak ayat yang power
Tuesday, June 22, 2010
Strike!!
entah kenapa, dulu aku tak suka main boling..
Sunday, June 20, 2010
Hari Bapa?
Wednesday, June 16, 2010
Aduhhhh!!!!
Macam biasa kat rumah, bila aku takde benda nak buat aku on laptop aku.. dengar lagu.. dan main game.. game yang aku paling suka main dan boleh buat aku tak tido malam adalah PES 2009.. (boooo, orang main yang version 2010 kau still main yang version 2009)
PES ni singkatan daripada Pro Evolution Soccer, sejenis game bola yang diminati ramai lelaki sejati di luar sana.. hahaha.. ok, teruskan kepada cerita.. aku main become a legend mode di mana aku boleh control sorang player je.. player tu letak nama aku, wan faizin (glemer mak, u)... dengan semangat waja aku main.. sambut bola, passing bola, shoot bola.. pergh, kalau lah aku boleh terer main macam nih kan bagus.. confirm Malaysia masuk World Cup..
Tiba-tiba aku dapat peluang baik, semua defend team lawan tak kawal aku, aku dapat bola, aku pecut, laju meninggalkan mereka, sedikit lagi masuk ke kotak penalti, gelecek keeper, aku tekan D untuk shoot, gol!! team aku dah leading 3-0... yeahh!! dalam otak aku dah bersorak gembira....
TUUPPPPPPPP!!!!!
Laptop aku gelap.. aku berpaling kat tempat suis..
“YAPPPIIIIIIYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!”
**salah aku jugak, extension suis letak kat lantai.. cabut bateri laptop....T_T
Moral Of The Story – perhatikan keadaan sekeliling
Friday, June 11, 2010
Benda Yang Orang Ramai Suka Tapi Aku Tak Suka
Yea, tak semestinya orang suka aku pun suka..
1. Manchester United (MU)
Perghh! No 1 dalam list ni.. haha.. memang aku tak suka.. sangat-sangat tak suka.. (mentang-mentang aku sokong Arsenal) hahaha!
Bukan apa, aku tak suka MU ni sebab SIKAP SEGELINTIR penyokong-penyokong diorang (player MU memang power)... diorang tu pun tak lain tak bukan member-member aku gak.. orang lain pun minat bola jugak weh bukan korang je.. kalau team lain kalah sedap je korang sorak dan boo kat penyokong team tu (aku pernah kena) kitorang terima la, anggap just kawan-kawan ejek... tapi kalau team korang kalah then kitorang pulak sorak dan boo, korang emo semacam, tarik muka, menyumpah seranah.. weh, kawan-kawan ejek suka-suka korang ambil serius asal?
Lagi satu, korang sedap je gelar Arsengal, Chelshit, Liverfool, tapi bila kitorang gelar ManchASSter United korang marah-marah lak.. hello, sir alex ferguson tu ada buat jamuan untuk korang ke kalau korang defend MU tuh.. kalau korang boleh kutuk, kena terima la kalau kitorang kutuk balik... durh~
Aku cerita ni bukan pasal sorang dua, mostly budak-budak MU yang aku kenal semua macam nih.. unite sangat korang (habislah aku kena hentam lepas ni) hahahaha!
Tak tuju kat semua fans MU k? Ada je member aku peminat setia MU (nama dia am) selalu rendah diri, contohnya malam ni MU vs Portsmouth, dia akan cakap “aku rasa MU kalah kot, tak pun seri”.. bak kata caki kepada am, “kalau MU kalah kau betul, MU menang kau suka.. $%*#@$#@#!” hahaha..:P
Peace!
Aah.. aku tak suka makan durian... padahal durian ni buah paling digemari di tanah tumpah darahku ini.. no 1 kat Malaysia, raja buah kot.. ohoho.. tapi serius memang aku takde rasa nak makan pun.. makan lah depan aku sambil jilat-jilat biji durian tu memang aku takde feel langsung! Haha..!
Mama aku cakap yang aku ni masa kecil-kecil dulu pernah makan durian.. makan pulak tu dalam kuantiti yang banyak, sumbat punya sumbat... keboommm!! Aku muntah semua durian tu.. sampai sekarang fobia.. hee.. so, semua benda yang berkaitan dengan durian (tempoyak, pulut) memang aku tak leh dan tak akan makan... hoho!
3. Kereta & Motor
Haa, aku tak pernah ada kereta atau motor idaman.. semuanya sama je bagi aku.. asalkan boleh bergerak, ok la... tak macam budak-budak laki yang lain, gila kereta or motor, tukar tu tukar ni, cakap pasal evo, skyline, rxz semua.. aku takde perasaan pun untuk semua tuh.. aduh..
Maybe sebab arwah abah aku tak pernah dedahkan aku dengan kereta dan motor ni.. dia tak bagi aku sentuh kereta dan motor dia.. aku pandai drive kereta dan motor pun sebab belajar dengan orang lain.. arwah abah ada sekali je ajar aku drive kereta tu pun masa aku dah pandai sikit-sikit.. kalau nak ajar dari mula, memang tak.. maybe sebab dia tau yang anak dia ni ada sikap obsess yang kuat, bila aku suka sesuatu memang aku suka gile-gile! (orang tua lebih memahami)
4. Blog
Eh, ingat aku suka sangat ke berblog nih? Tulis diari pun tak pernah, nak buat blog lak.. aku ni jenis senang terpengaruh.. aku buat blog ni pun selepas diprovoke oleh member aku, caki namanya.. macam-macam dia cakap pasal benefit yang boleh didapati dari blog and then aku percaya dan terbuat blog cerita-cerita jay nih..
Sebab tu kalau korang perasan entry aku tak banyak mana.. orang lain dekat 20++ posts sebulan, aku nak sampai 10 pun payah.. cerita aku pun bosan-bosan je..
Kalau tak suka blog asal kau update jay?
Moral OF The Story – setiap orang ada persepsi sendiri..:)
Tuesday, June 8, 2010
Salah Cakap 2
Tempat: rumah sewa aku, perdana villa, cheras
Masa: dalam bulan puasa tahun lepas
Waktu dekat jam dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi.. budak-budak rumah aku termasuk aku la dah ready nak bersahur.. setelah membeli nasi bujang sorang satu, tinggal satu je lagi tugasan iaitu air minuman.. budak-budak ni nak air teh o panas!
Pok Loh (salah sorang budak rumah aku) berjalan ke dapur, gaya macam nak buat air je..
Pok Loh: jay, *maghila tulong buak air nih.. aku dop weti.. lamo kea manih letting aku dop tau.. (penuh dengan nada rendah diri)
Aku: yela yela.. senang je kot buat air, nak-nak air teh o.. heh..(kata aku sedikit meninggi diri sambil berjalan ke dapur)
Sambil mengambil serbuk teh dan gula selepas menuang air panas ke dalam jag..
Aku: gini yea puan-puan, mula-mula sediakan serbuk teh dan gula beserta air panas.. (ala-ala gaya chef wan)
Pok Loh menikus je belakang aku, memerhati..
Aku: kemudian, kita masukkan satu sudu serbuk teh.. lepas tu, masukkan sudu empat gula..(nada berlagak)
Eh, asal bunyi macam pelik? Aku dengar sayup-sayup Pok Loh terkekeh-kekeh kat belakang aku.. slow je dia tahan gelak.. aku buat muka selamba.. . lepas itu aku bawa air tu ke ruang tamu di mana budak-budak rumah aku dah ready buat bulatan nak makan sama-sama... Pok Loh ikut belakang..
Pok Loh: **nok tau dop, nok buak air teh o hok sedak, keno masukkan sudu empat gulo.. hahahaha..
Budak-budak lain saling berpandangan, tengok muka gelap aku yang cover malu..
“Hahahahahahahahahahahahahahahahahaa!!!” dorang bantai gelak kuat-kuat.. cepat tangkap betullah dorang nih..
%@#%*^*&##$#@%!!!
*tolonglah buatkan air ni.. aku tak reti.. nanti kang terlebih manis bukan salah aku tau..
**nak tahu tak, kalau nak buat air teh o yang sedap
Moral Of The Story – dalam jam 3 hingga 6 pagi, sila kurangkan bercakap!
Sunday, June 6, 2010
Salah Cakap 1
Tempat: rumah aku, Kelantan
Masa: baru-baru ini je
Mama tengah memikirkan menu untuk makan tengahari sambil-sambil bergurau dengan aku dan kacik (adik aku).. dalam pukul 12 lebih jugak la masa itu.. kemudian mama pergi ke belakang untuk mengambil pakaian dari mesin basuh, yea, mama nak sidai pakaian dan aku tak tolong pun!
Sedang mama mengendong bakul yang penuh berisi pakaian-pakaian basah menuju ke pintu depan,
Mama: haaa... tepung ayam kfc tu ada lagi kan? Mama nak goreng ayam celup telur la
Aku: telur? Bukan ke celup tepung ke? (dalam hati)
Aku: hahahahahahhahahahaha!! Kacik, mama kata nak goreng ayam celup celur!!
Eh, aku rasa macam pelik pulak.. mama diam je (tak dengar kot, sibuk sidai pakaian).. kemudian aku pun diam jugak.... cover pergi dapur minum air sejuk dalam peti..
Bodohnya aku!! Nak ejek mama, aku sendiri pun salah cakap! Siap pelat lagi tuh!! Hahahahahahahaha!
Moral Of The Story – jangan gelakkan orang tua... ada tulah...T_T
Friday, June 4, 2010
Aku Memancing
Aha.. ni bukan nak pancing awek ke apa.. memang aku betul-betul memancing..
Kalau ikut sejarah aku, aku pernah memancing sekali je, tu pun masa kecil-kecil dulu.. buat joran guna kayu, ikat tali dan letak cacing.. tapi tak pernah pun dapat ikan.. hahahaha.. biarlah, asal gaya macam seorang pemancing dah la.. gaya la sangat kau jay!
Em, aku tak pandai memancing dan maybe tiada minat kot.. tak kuasa la aku nak tunggu berjam-jam untuk seekor ikan.. pergi pasar je senang boleh beli banyak ekor..
tapi itu pemikiran dulu la.. sejak aku dah pergi tasik kenyir nih, rasa macam best lak memancing.. bukan apa, tunggu berjam-jam dapat pulak seekor yang sangkut kat joran sendiri, puas hati beb!
tapi masa kat tasik kenyir baru ni aku tak dapat seekor habuk pun.. aku dapat kongsi rasa gembira ni sebab member aku (pamie) yang sama macam aku, baru je start belajar memancing tapi dia dapat ikan paling banyak antara ramai-ramai yang ikut memancing.. baru je belajar memancing, dapat 15 ekor dalam masa 2 hari lebih, perghh! (gua tabik lu mat).. aku pulak yang terlebih happy.. hahaha..
rasa dah boleh stop kot merepek, tengoklah gambar-gambar kat bawah ni.. saja seorangbeginner ingin berkongsi perasaan first time memancing.. cakap aku jakun lagi pun tak kisah weh.. hoho..:P
Wednesday, June 2, 2010
Tasik Kenyir
Uhum.. 28hb-30hb mei, trip to tasik kenyir, Terengganu...
First time aku dipelawa duang (kawan aku), terus aku setuju! Kenapa? Sebab aku tak pernah pergi tasik-tasik, pulau-pulau, laut-laut dengan houseboat... senang cakap aku tak pernah naik bot la (cakaplah aku jakun pun tak kisah)..
so, aku tak lepaskan peluang ni.. trip ni tujuan sebenarnya adalah untuk pergi memancing bukan mandi air terjun or tidur chalet or jungle tracking bagai..
apa yang aku nak cerita ni? Haha.. nak beritahu yang aku tersangat takjub dan terpesona dengan keindahan tasik kenyir ni.. tasik yang sangat luas! selalu tengok dalam tv je.. bila depan mata dah macam laut dah aku tengok... Maha Suci Allah.. sangat indah ciptaanMu ini, tiada tandingan..
memanglah tasik kenyir ni tasik buatan, tapi air, bukit-bakau, kayu balak tu manusia tak boleh buat.. bila tengok air yang tenang tak pernah terusik, kayu balak yang timbul sedikit di atas air tasik, aku ternganga terpesona.. pemandangan yang sangat indah betul-betul di depan mata aku ni ha.. mula-mula tengok rasa nak nangis je.. tengoklah gambar-gambar kat bawah ni.... korang imagine la macam mana kalau korang (yang tak pernah pergi lagi la) tengok depan mata...:)
kepada siapa-siapa yang nak melancong tuh, pergi tasik kenyir pun dah cukup best.. sewa la houseboat dalam rm2k lebih untuk 3 hari 2 malam (houseboat ada astro tau!).. pergi lah bermalam dekat dengan air terjun langsir ke taman Negara ke.. bagi yang suka memancing, ada port dia sendiri lak.. bangga pulak aku dengan Malaysia ni... hehehe...:P
p/s: oh ya, kemahiran aku mengsnap gambar masih kurang
Moral Of The Story – ciptaan Tuhan tiada tandingan