Wednesday, May 26, 2010

In Memory, Abah : Part 3

hari ini, 26 Mei 2010..

sepatutnya hari ini adalah hari ulang tahun abah yang ke 61..

sangat terkilan tak dapat wish kat abah...

dah tak boleh nak ucap selamat panjang umur, semoga ceria-ceria selalu, jangan garang-garang bagai...

sekarang ijen akan ingat dua tarikh untuk abah,
26 Mei - hari kelahiran abah
6 April - hari abah meninggal dunia


ijen redha, Allah lebih sayangkan abah..
ijen bersyukur, Allah telah beri ijen kesempatan menikmati kasih sayang abah selama 24 tahun ijen hidup di dunia ini..

ijen akan sentiasa menyayangi dan merindui abah sedalam-dalamnya...

ijen sayang abah....:'(

hepi besday abah..........

al-fatihah~


Moral Of The Story - sayangi ibu bapa anda ketika mereka masih ada

Tuesday, May 25, 2010

Lelaki Dan Cinta

saja jadi doktor cinta kejap, ini aku dapat dari group 'beza suka dan cinta' dalam facebook aku.. just nak kongsi-kongsi, kebanyakannya memang betul, sikap aku pun ada dalam beberapa nombor ni..:)

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada
kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat
mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila
sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk
cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk
kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan
mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk
melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:



1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya
dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan
berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat
menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana
perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana
dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan
kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila
kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian
kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang
meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya
lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup
membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh
kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan
daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya
kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada
urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya
walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa
serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun
dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal
dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali
kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling
dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya
namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti
hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata
hanya untuk seorang perempuan.

Moral Of The Story - HARGAILAH MEREKA

Friday, May 21, 2010

BFF


urh! ini kesinambungan dari entry aku bertajuk Kawan kat bawah nih..

yea, rasa-rasanya aku dah ada kawan sejati... orang sekarang guna bff (best friend forever?).. tapi kali ni aku nak cerita bff lelaki aku.. (bukan gay yea!)

Mohd Farwalis @ Caki


kenapa panggil caki? dia yang suruh...

dia ni asal Johor Bahru, Johor.. suka bangga dengan johor dia tuh.. sekarang dah kerja dekat masum, serdang.. tinggal kat seri kembangan.. badan dia besar.. suka sepak orang secara tiba-tiba.. bajet cool... selalu kutuk gambar yang aku design! dia juga seorang yang sangat senang obses dengan sesuatu, sekarang obses dengan makanan.. durh~

dia ni suka sakitkan hati orang, tapi hati dia baik.. dulu masa belajar kat KPMIM, dia sangat ambil berat pasal kawan-kawan.. contohnya dia akan kejut am (kawan aku sorang lagi) secara caringnya untuk buat assignment bila am tido dengan senang-lenang padahal assignment hantar esok!

aku belajar erti kawan pun dari dia lah.. dia pernah cakap, "kalau kau cakap kat orang bodoh, kau mesti boleh terima kalau orang tu cakap kau bodoh balik".. lama sikit baru aku faham konsep tu.. hehe..:P

masa kat KPMIM dulu dia ni ketua sepak takraw kolej.. selalu cakap besar tapi aku selalu tengok kat tournament asyik kalah je.. aku tahu dia bukan betul-betul cakap besar pon, saja nak buat lawak yang cool.. aku terpaksa mengaku, mu memang cool la caki.. (terpaksa ok?)

sekarang kitorang agak kerap jumpa sebab aku belajar kat KL.. dia selalu ajak main futsal.. walaupun dia selalu sepak-sepak aku, aku tak kisah.. sebab dia pun tak kisah aku sepak dia! (tapi selalu aku la yang kena sepak).. haha!

Mohamad Ikhwan @ Cacat


kenapa panggil cacat? hahaha.. adalah sebab yang tak boleh diberitahu.. selain itu, masa mula-mula kenal, dia selalu panggil orang cacat! salah sikit je, bunyi lah "hang ni cacat ka?".. memang bermain kat mulut dia je..

dia ni asal Sungai Petani, Kedah.. awal-awal kenal panggil dia wan kedah.. start dari jai panggil dia cacat, kitorang semua panggil dia cacat.. bila kitorang panggil dia wan, dia gelakkan kitorang pulak.. %$@$%@#% punya cacat!

sekarang dia kerja dekat techsense, dekat sri hartamas kot.. rumah kat batu caves (tiap-tiap hari mengadap patung emas tuh).. mulut dia ni agak cibai sikit, selalu hina orang.. ayat yang paling aku sakit hati bila dia cakap, "asyik pinjam yang aku ja, hidup meminta-minta!" sedihnya aku!!

walaupun mulut tiada insurans, budak ni bijak orangnya.. kuat gak mengigau, siap pernah baling enset sendiri.. haha! perangai memang aku tak nak cerita, 40% je yang sopan (haha!).. tapi dia best student untuk batch aku! kepala otak dia boleh buat cincin (sangat geliga).. dia paling kreatif edit gambar (di kalangan member-member aku, caki no 2).. sangat caring kat kawan.. dia la yang kenalkan aku dengan seluar jeans (dulu aku suka pakai seluar poket banyak tuh).. dia pernah sound aku, "aku tengok hang outing macam nak pergi bersukan je jay" sambil buat muka mengejek! lepas tu aku terus suruh dia jadi perunding imej aku.. haha!

masa kat KPMIM dulu dia ni ketua ragbi kolej.. badan kecil je tapi leh jadi ketua? aku tak hairan sebab badan dia agak keras (tak nak cakap tough :P) dan aku pernah tengok dia main, dia nampak 'besar' dalam padang.. memang berdedikasi bila main.. (terpaksa puji T_T)

sekarang kitorang pun agak kerap jumpa.. ajak main futsal dia selalu tiada.. letih kerja katanya.. tak apa, lain kali ye cat?

Mohd Faizal @ Mohd Najib @ Jai


kenapa panggil jai? padahal ada dua @ kat atas tuh.. haha.. kitorang kat KPMIM memang panggil dia jai.. tapi dapat tahu yang dia dipanggil najib kat kawasan rumah dia.. cumelnya nama najib! haha!

dia ni asal KL rasanya.. mak ayah dia orang Kedah.. betul tak jai? hurm, kitorang selalu jugak panggil dia orang tua, sebab umur dia tua 2 tahun dari kitorang! (aku, caki dan cacat).. tapi perangai macam budak! mula-mula aku kenal dia, gaya matang nak mampos! bila dah kenal 2, 3 bulan lepas tuh, rasa menyesal pun ada.. haha..!

dia ni aku salute sikit.. sebab dia memang terror main sukan.. nak-nak lagi bolasepak dan futsal.. kat KPMIM dulu, lecturer-lecturer semua cari dia bila ada event sukan.. dorang semua serah or refer kat jai ni.. maknanya jai lagi hebat la handle event sukan dari dorang.. huhu.. kepala otak dia ni pun agak bijak.. pandai database.. buat assignment, system lambat-lambat je (orang tua kan!) tapi system dia sangat kemas! tiada error!

agak bertanggungjawab.. bila aku mintak dia ajar something, memang dia akan ajar sampai faham.. aku pernah gaduh besar dengan dia 2 kali.. yela, maybe mulut aku lancang kuning sangat dan dia terlebih emo sikit (dia kan tua!) so kitorang gadoh la.. ada la dekat seminggu tak tegur langsung even duduk sebilik masa tuh.. tapi, based dari gaduh ni la aku dengan dia boleh rapat gila-gila macam sekarang..

dia suka panggil aku macha! cibai punya orang tua! hahaha..:P

masa kat KPMIM dulu dia ni ketua bolasepak kolej.. jai ni semua sport leh main bola jaring

... dia jugak la yang asaskan team futsal aku, sekaligus merangkap kapten team aku yang dikenali Team Sayur..

sekarang kitorang kerap jugak jumpa sebab dia ni memang orang KL... kerja pun kat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP.. selalu gak lepak rumah sewa aku suruh aku ajar maths! (dia dan cacat study sambil belajar kat utm jalan semarak).. aku dah lupa la maths weh..:P

Khairulamri @ Am


kenapa panggil am? dah nama dia pun amri.. am la senang... kadang-kadang kitorang (aku, cacat dan caki) panggil dia orang tua gak.. sama tua dengan jai.. heh..

dia ni asal Batu Pahat, Johor.. mula-mula aku tengok dia, muka gila lah serius! macam kaki pukul pun ada.. dulu kadang-kadang benci gak dengan dia, menyampah sebab perangai asyik nak dia je yang betul.. tapi bila dah lama sikit kenal, aku start suka dia.. perangai sangat macam sial! buat aku gelak je sepanjang masa.. aku sebilik dengan dia sejak sem 1 sampai habis.. 7 sem tuh.. macam mana aku boleh tahan duduk dengan dia lama-lama? T_T

dia ni lagi kuat mengigau dari cacat.. pernah dulu aku kejut dia bangun tidur untuk bersiap ke kelas, dia nak tumbuk aku lak! nasib baik badan mu besar sikit dari aku.. kalau tak aku tumbuk je terus (ececeh, tunjuk kuat dalam blog sendiri?).. perangai dia sangat menyakitkan hati.. cakap sikit je buat muka cumel, salah cakap je buat muka cumel, kena bahan pun buat muka cumel, bangga je buat muka cumel, aku bengang!!!

masa kat KPMIM dulu dia tak jadi ketua sukan apa-apa tapi dia main ragbi.. lari laju woo.. pandai buat sidestep (yeke eja macam ni?).. pernah menang gangsa 100m pecut masa tournament kolej.. aku pernah gak lumba dengan dia.. kena tinggal 3 tiang.. hahahaha! badan nampak berat tapi asal mu laju am!!!!!!

sekarang, dia ni sorang jela yang susah nak jumpa sikit sebab dia belajar dekat UTHM atau kuittho dulu nya.. depan rumah dia je pun U tuh.. ajak turun KL sangat liat.. tak apa lah am, jumpa mu kat facebook pun dah boleh buat aku gelak!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
inilah 4 orang kawan lelaki aku yang paling rapat.. rapat macam mana? rapat sampai tahap tak perlu ucap minta maaf dan terima kasih.. rapat sampai tahap kutuk dengan ayat paling kotor pun dah tak terasa apa-apa dah.. rapat sampai tahap dah tahu apa yang masing-masing suka buat..

bukan dengan orang lain aku tak kawan rapat, rapat jugak tapi 4 orang ni lah yang paling senang bagi aku dan aku tak perlu fikir ayat untuk bercakap dengan diorang sebab dah tau cakap macam mana teruk pun tak terasa langsung!

jiwa diorang dengan aku hampir sama, persepsi terhadap belajar, suka main sukan, enjoy benda yang sepatutnya enjoy, tak berkira, senang bertolenransi..

ni antara gambar-gambar kitorang...

last sem, dalam bilik aku..:)

Team Sayur... 2 kali juara kolej!

dalam library KPMIM.. yang baju biru tu liyana anith dan tudung putih nurazlin



tengah-tengah tu am, baju putih caki, baju hijau cacat, baju kuning jai, sorang lagi tu aku.. yea.. kami agak kebudak-budakan~

kita berjaya graduate bersama-sama...:)

aku paling suka gambar nih.. thanks to caki sebab rajin kerat-kerat gambar..:)


p/s: aku paling bengang, diorang suka gelak kaw-kaw bila aku cakap aku dah putih!

tapi aku gembira sebab dengan cara itu diorang menerima aku.. ngee..:P


well guys, i love you all..:*

Moral Of The Story - kawan sejati amat sukar dicari...:)

Borang Musim Bunga

oho.. sebelum apa-apa, aku nak jelaskan dahulu...

aku senang terpengaruh..
suka terikut-ikut..
suka up-to-date..
kalau dah suka, memang aku akan suka betul-betul..

dari faktor di atas, nah!



aku dah ada formspring.me

hehehehe... tak leh tahan.. tengok ramai member dalam facebook ada benda alah nih.. macam best pulak baca soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang kadang-kadang macam sial, membina, ada udang sebalik mee dan lain-lain (macam buat karangan BM la pulak)..

so, siapa-siapa nak tanya soalan kat aku kalau malu-malu tanya lah dalam formspring ni yea.. (bajet hot).. huhuhu..:P


Moral Of The Story - malu bertanya sesat jalan!

Wednesday, May 19, 2010

Kawan

erti kawan sejati bagi aku..

tempat untuk berkongsi
masalah, suka duka,
perasaan

tidak perlu ucap terima kasih
tidak perlu ucap maaf
kerana itu akan membezakan antara kawan dan orang asing
kawan sejati adalah sebahagian dari diri sendiri

banyak lagi aku nak taip tapi ni jela yang penting....


Moral Of The Story - kawan yang sejati sangat sukar didapati



Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Ibu, Mama


rasanya tak terlalu lewat lagi untuk aku buat post ni.. biarlah lambat 2, 3 hari... huhu..:P


haa, ni mama aku.. namanya nawal binti mohd nor

mama, yea.. aku panggil mak/ibu/bonda aku dengan panggilan mama.. kenapa? entahla, patut kena tanya mama aku..

sejak dari kecil aku dah guna panggilan nih.. rasa mesra sangat.. bile nak try guna mak/ibu/umi, jadi ginjal la pulak bunyinya.. tak sesuwaiii..

kalau nak dibandingkan antara mama dan arwah abah, memang aku lagi rapat dengan mama.. anak jantan sorang la katakan.. hehe.. setiap kali abah marah aku, mama la yang pujuk aku balik, lap air mata aku, peluk aku..

sampai sekarang, rasanya adik beradik aku bengang kot dengan statement nih, bila aku mintak apa-apa mesti mama bagi... contoh paling senang masa makan nasi, aku nak kicap mama pergi ambilkan, kalau adik aku yang mintak dia suruh ambil sendiri.. hahahahaha.. biarlah weh, mama nak manjakan aku.. haha..:P

masa kecil-kecil dulu, aku selalu marah-marah mama sebab kejut bangun pagi dengan cara menyakitkan hati (cuit-cuit telapak kaki, gelilah!)... tengah ngantuk mama usik kaki, memang la bengang..

selalu gak marah-marah mama sebab selalu tak bagi aku keluar main petang-petang.. (aku nak keluar main pukul 4, mama suruh keluar pukul 5.. aku nak keluar main pukul 5, mama suruh aku keluar pukul 6.. eh marahlah!!)

ada jugak tertinggikan suara kat mama.. merajuk dengan mama siap nak lari rumah.. bungkus baju guna kain sarung mama then sangkut kat kayu.. (budak-budak terpengaruh cerita tv masa itu)

sehinggalah satu masa, kejadian yang takkan aku lupakan..
masa tu aku dalam darjah 4.. kira-kira pukul 4 petang, aku nak keluar main bola dan masa itu hujan baru berhenti... aku nak main kat depan rumah member aku (shahid namanya).. mama tak bagi, katanya nanti demam.. mama bersungguh-sungguh larang, aku tak peduli "ahh, tahulah ijen jage diri ijen.. nak main jugak!" (derhaka kau jay)

so, aku dengan degilnya keluar main dengan suka ria.. tengah-tengah sedap gelecek-gelecek bola dalam keadaan tanah lecak, tiba-tiba kaki aku rasa pedih sangat.. aku angkat kaki kiri aku, tapak kakiku berdarah, rupa-rupanya aku terpijak paku.. sakit gila, takut aku tengok darah keluar... paku berkarat tu tertusuk agak dalam kira-kira 1 inci.. aku panik.. aku dengan member aku cuba cabut.. puas tarik dengan segala kudrat yang ada, tak jugak tercabut... aku nangis.. terfikir macam mana aku nak pergi sekolah esoknya dengan kaki terlekat paku... (haha.. pemikiran masa itu)

tengah nangis, adik aku (kacik) datang tengok aku, dia pun nangis.. aku pun ambil keputusan balik rumah.. dengan nangis teresak-esak, berjalan terhincut-hincut, paku masih lagi di kaki, aku menapak slow-slow sampai ke halaman rumah.. jiran-jiran aku semua pelik sebab aku balik menangis.. kacik yang tadi berjalan sebelah aku terus berlari menangis panggil mama dalam rumah.. kakak dan mama keluar.. kakak terkejut tengok dan dia masuk rumah terus bukak dan baca al-quran (kenapa mu buat macam tu kak? sedih aku.. haha!)... mama terus pergi mendapatkanku, terus diangkatnya kaki kiri aku, cabut paku tu.. mak aihh, senangnya mama cabut.. macam koyak kertas je..

mama tak marah pun.. mama just tanya kenapa boleh jadi macam tuh.. mama panik gak, sebab paku tu berkarat.. takut ada kesan sampingan.. masa tu arwah abah tak ada kat rumah sebab kursus kat mana entah, yang penting seharian tak balik..

sejak kejadian tu, aku tak pernah lawan cakap mama dah.. semua yang mama suruh, mama larang aku turutkan.. aku betul-betul takut untuk derhaka kat mama lagi.. kejap je Tuhan nak balas kan?

inilah cerita yang paling memberi kesan dalam hidup aku bila kenang pasal mama..

oh ya, bila buat entri ni baru aku perasan aku tak ada gambar berdua dengan mama.. nantilah tangkap..

so, selamat hari ibu mama... ijen takkan lukakan hati mama.. ijen akan cuba jaga mama sebaik mungkin seperti yang arwah abah jaga..

ijen sayang mama....:*


Moral Of The Story - jangan melawan cakap orang tua..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails