Thursday, February 18, 2010

Abah


Wan Ismail
nama yang ijen selalu tulis bile cikgu suruh tulis nama penuh ijen masa sekolah dulu
itu maknanya wan ismail adalah nama abah

Abah
sejak kecil abah selalu marah-marah ijen
sejak kecil abah selalu pukul ijen dan adik beradik yang lain
ijen tak buat salah pun, bila abah marah kakak or kacik mesti ijen kena marah jugak
ijen benci abah marah-marah ijen
ijen benci tengok abah tengking
bila abah marah abah sangat bengis
macam kitorang ni barang je

Abah
ijen ada prasangka buruk kat abah
bila kena marah dengan abah ijen akan doa macam-macam
yang buruk kena pada abah
bila dah buat macam tu baru ijen akan puas hati
sebab ijen tak suka abah marah
ijen selalu mengata belakang pasal abah
depan abah, abah akan nampak wan faizin yang berhati mulia
belakang abah, wan faizin berhati syaitan menjelma

Abah
ijen sangat bodoh
ijen bodoh sebab selalu kutuk, menyumpah abah dalam hati
ijen jarang senyum bila fikir pasal abah
selalu rasa menyampah bila sebut abah
ijen hanya akan terbayang benda yang buruk pasal abah
padahal ijen takkan membesar macam sekarang kalau bukan sebab abah
sebab tu ijen bodoh
selalu fikir diri sendiri je
tak fikir pasal abah
kenapa abah marah-marah
kenapa abah pukul-pukul
semua tu ada sebab sendiri

Abah
dulu ijen selalu nangis sebab abah
ijen tahu abah susah payah membesarkan kitorang adik beradik
ijen kasihan tengok abah balik kerja, tengking mama
sebab tu ijen nangis
ijen tahu tekanan kat tempat kerja
abah tak ada tempat lain nak lepas
bila abah bawa masalah ke rumah
ijen nangis lagi

Abah
ijen dah jadi orang sekarang
ijen boleh fikir yang mana baik yang mana buruk
semuanya sebab abah
adik-beradik semuanya pun dah besar panjang
dah boleh jaga diri masing-masing

Abah
ijen dah tak nak nangis
ijen dah kuat untuk abah
ijen nak buktikan kat abah
ijen boleh jadi lelaki sejati
ijen boleh buat semua yang abah buat
malah lebih baik dari itu

sekarang,
ijen dan adik beradik semua mendoakan abah supaya cepat sembuh
kitorang tak nak tengok abah sakit-sakit, tak boleh bangun, tak lalu makan, cengkung, kurus. kitorang nak tengok abah berjalan, menari, tersenyum, tersengih, makan nasi 2 pinggan, gemuk
kitorang nak cakap "perut abah dah buncit", "tengok dari jauh abah nampak gemuk"
kitorang tak kisah abah nak marah-marah lagi
marahlah sesuka hati
sebab kitorang anak abah

Abah
maaflah pengetahuan agama ijen agak kurang
tak boleh nak sama macam abah
tapi ijen akan usahakan
ijen akan doakan yang terbaik untuk abah
ijen nak cakap benda yang ijen susah nak cakap kat abah
"ijen sayang abah"


entry ni agak sedih sebab abah dimasukkan ke hospital machang sejak selasa lalu disebabkan penyakit yang tidak diketahui lagi. dah xray tulang semua tak ada masalah, penyakit batu karang pun efek masa nak kencing je. still tak tahu kenapa sakit apa yang buat abah tak larat nak bangun langsung. abah ditransfer ke hospital kota bharu untuk rawatan lanjut.

semoga abah cepat sembuh.. ijen nak bergambar dengan abah masa grad untuk degree ni macam kat atas tu.... :' )

*ijen = panggilan aku jika berkomunikasi dengan abah



Moral Of The Story - minta yang elok-elok untuk orang tua kita



Friday, February 12, 2010

For Huzaimah And Nadia

both of them were my shoulder before ( refer this post )


my bestfren ever!
i'm really care for you.
someone that i can share anything without any heart feeling.
someone that i can share my stupidity with.
someone who always in my side when i am in critical time.



my lil cute sister!
someone who can relaxing people using her face.
humour are born in your soul.
someone that i need to think for.

both of you have made me proud. congratulations for your success getting the opportunity to further studies in TESL at New Zealand. study smart, make your parents proud, behave yourselves, don't forget about pray, always pray for your safety, have a nice journey, take a good care for each other...

gud luck! love both of you much!!!

"wherever you are, be happy, that's the prayer from my heart"

Moral Of The Story - show the world about who you are

Tuesday, February 9, 2010

Oh Bola!


sedih~

sebut pasal bola ni aku sedih. aku sokong Arsenal. baru ni kalah lagi dengan Chelsea. durh, sangat sedih. walaupun kalah aku takkan kate player arsenal main bodoh, main macam darjah satu, kerja main bola pun still kalah lagi, dan macam-macam lagi.

bagi aku, kita kalau nak cakap-cakap or komen-komen orang ni biarlah lagi pandai dari orang tu. player dalam padang kejar bola macam orang gila kita kat luar ni sedap-sedap cakap dorang bodoh. kasihan lah kat orang-orang yang pandai cakap ni. aku yang sememangnya tak pandai main bola ni pun hanya mampu menyokong dari jauh jela. player tu lagi bagus dari kita, biarlah dorang main, kita yang tak reti main ni sokong jela dorang. nak marah-marah sangat pergila ganti dorang main. walaubagaimanapun (<-- kena rapat ke jarak eh?), aku tetap sokong arsenal. yela, aku dah sokong team ni dari tahun 1998 lagi. thierry henry pun belum ade lagi dalam arsenal masa tu. hope, dorang ade la menang something dalam tiga tahun menjelang ni.

gembira~

tournament bola sepak KPTM KL dah start. team aku (Plug Lullaby) dalam group C so kitorang main semalam. match pertama lawan satu team nama Huelva. agak sukar la sebab susah nak dapat gol. dapat penalti pun tak masuk. last minit dapat gol kemenangan hasil jaringan yuzer. so, kitorang menang 1-0. match kedua hari jumaat ni, lawan team kolej. hope kitorang dapat main dengan baik. seri pun takpe dah. yang penting, kitorang takkan kalah dalam bab bergaya. heh...:P



kan? sangat bergaya kan? hahaha..:P


Moral Of The Story - main bola best! badan sihat otak cerdas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails