Tuesday, February 9, 2010

Oh Bola!


sedih~

sebut pasal bola ni aku sedih. aku sokong Arsenal. baru ni kalah lagi dengan Chelsea. durh, sangat sedih. walaupun kalah aku takkan kate player arsenal main bodoh, main macam darjah satu, kerja main bola pun still kalah lagi, dan macam-macam lagi.

bagi aku, kita kalau nak cakap-cakap or komen-komen orang ni biarlah lagi pandai dari orang tu. player dalam padang kejar bola macam orang gila kita kat luar ni sedap-sedap cakap dorang bodoh. kasihan lah kat orang-orang yang pandai cakap ni. aku yang sememangnya tak pandai main bola ni pun hanya mampu menyokong dari jauh jela. player tu lagi bagus dari kita, biarlah dorang main, kita yang tak reti main ni sokong jela dorang. nak marah-marah sangat pergila ganti dorang main. walaubagaimanapun (<-- kena rapat ke jarak eh?), aku tetap sokong arsenal. yela, aku dah sokong team ni dari tahun 1998 lagi. thierry henry pun belum ade lagi dalam arsenal masa tu. hope, dorang ade la menang something dalam tiga tahun menjelang ni.

gembira~

tournament bola sepak KPTM KL dah start. team aku (Plug Lullaby) dalam group C so kitorang main semalam. match pertama lawan satu team nama Huelva. agak sukar la sebab susah nak dapat gol. dapat penalti pun tak masuk. last minit dapat gol kemenangan hasil jaringan yuzer. so, kitorang menang 1-0. match kedua hari jumaat ni, lawan team kolej. hope kitorang dapat main dengan baik. seri pun takpe dah. yang penting, kitorang takkan kalah dalam bab bergaya. heh...:P



kan? sangat bergaya kan? hahaha..:P


Moral Of The Story - main bola best! badan sihat otak cerdas

2 comments:

gelarezz said...

"kitorang takkan kalah dalam bab bergaya"--mwahahahaha..
statement tak bley blah..hahahahaha

Jay said...

hahahahhaa... memang betul kot! ahahahaha..:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails