Friday, August 27, 2010

Roller Coaster

hari tu masa pergi bersuka-ria menghilangkan duka di sunway lagoon bersama rakan-rakan, hampir semua permainan aku main.. satu je aku tak dapat main, roller coaster!!!!!

aha, ni roller coaster (bongok jay, macam lah orang lain tak tahu!)

aku tak pernah main roller coaster.. rugi kan hidup camni? haha! (kumpul ilmu agama lagi penting la jay!).... jadi, bila pergi sunway lagoon, aku nak main lah.. sebelum pergi tempat roller coaster tu semua permainan kat amusement park aku main kecuali pirate ship.. yela, masa tu jantung aku dah tak tahan dengan kejutan dah rasanya.. haha.. memang simpan nyawa-nyawa ikan untuk kejutan roller coaster je.. last sekali, masa tengah beratur panjang kat roller coaster tuh, hujan turun renyai-renyai.. automatik penjaga kat situ beritahu roller coaster ditutup! aku melepas dan mengidam pada saat itu jugak... T_T

tapi kan, aku ada pengalaman macam naik roller coaster gak.. (koya, padahal tak pernah rasa naik roller coaster).. haaa, ni aku rasa masa nak balik kelantan hujung minggu baru ni..

pengangkutan wajib aku adalah bas ekspress... masa lalu dekat area Bukit Tujuh (area paling famous dengan bukit+gaung kalau perjalanan KL-Kelantan) aku tersedar dari tido.. selalunya aku tido sampai Kelantan.. hahaha..:P

nak dijadikan cerita, masa bas tengah turun bukit yang curam dan belok ke kanan, pemandu bas tak tekan brake!!!!! berderau darah aku.. sejuk badan-badan... kepala hotak dia, aku dah menyumpah-nyumpah dalam hati.. dah terbayang-bayang dalam kepala yang bas aku naiki ni berguling-guling kat gaung macam pasangan dalam cerita hindustan.. bukan sekali, tiap kali jalan turun bukit, tak brake! brake rosak ke apa bang? eh, kalau korang ingat aku ni penakut je lebih, sila naik bas dari KL ke Kelantan, ambik trip malam dan jangan tido.. tengoklah korang boleh tahan sampai tahap mana..

memang tak hairan banyak kejadian accident bas ekspress waktu malam.. sebab jalan kosong, sedaplah dorang bawak laju.. bas yang aku naik tu pun maybe bukan bas dua tingkat, tu yang berani laju tuh.. kalau bas dua tingkat memang slow je dorang bawak (slow tu pun laju gak!)

ramai orang mengelak dari naik bas ekspress waktu malam sebab takut accident.. tapi bagi aku kalau dah ajal, jalan kaki pun takde beza.. kalau boleh para pemandu bas ekspress consider la penumpang yang agak penakut macam aku nih.. sebab macam mana pun kitorang tetap naik bas ekspress jugak nak balik ke kampung..T_T

walaupun lalu kat Bukit Tujuh tu dah macam roller coaster, aku tetap nak naik roller coaster gak nanti!

roller coaster kat Jepun ni macam stail gak.. menarik untuk dicuba!


Moral Of The Story - cuba semua benda yang elok



Monday, August 23, 2010

In Memory, Abah : Part 5

hujung minggu baru ni aku balik kelantan.. tujuannya nak berbuka puasa dengan masakan mama la semestinya.. hehehe... baru kick beb.. yela.. lagi pun raya nanti aku balik 2 hari nak raya.. feel dah nak raya.. mana best dowh..

bulan puasa @ ramadhan memang banyak meninggalkan kenangan dengan Abah... bermula dengan bersahur, tempoh berpuasa, berbuka dan terawikh, memang ada kenangan Abah..

Bersahur,
selalunya tiap-tiap pagi memang Abah kejut sahur.. nak harap bangun sendiri, haram... tido sesuka hati je..
sebelum Abah kejut, Mama akan kejut dulu.. macam biasa la Mama tak nak bagi Abah marah-marah di pagi yang hening.. selalunya Mama kejut sambil cuit-cuit tapak kaki memang akan menyedarkan kami adik beradik.. tapi kitorang susah nak bangun, bengang satu hal sebab Mama geletek-geletek camtuh.. haha..
tapi kalau dengar suara Abah kejut, "jen, bangun jen" camtuh je automatik aku bangun.. suara je.. tak de cuit-cuit.. kalau tengah mimpi roh aku merayau-rayau sampai Amerika pun pecut balik kelam kabut masuk badan bila terdengar suara Abah.. aura katakan..

Tempoh Berpuasa,
Abah selalu keluar rumah.. berjalan-jalan sana-sini nak habiskan masa.. hobi Abah pun adalah memandu... tapi, dia berjalan sorang-sorang.. tak ajak,T_T... Abah memang tak nampak sangat letih dia puasa.. tapi dalam sehari tu mesti dia ada tido petang.. kalau kitorang adik beradik dan Mama tido dia marah lak.. "nok jadi gapo gak tido pah ceroh.. tok kejut tok bangun.. perajo ko tido tuh".. Abah ni kelakar lah!

Berbuka,
selalunya pukul 6 tu semua orang dalam rumah dah senyap dan bersedia tunggu waktu berbuka.. pukul 6 ok? bukan pukul 6.30 or pukul 7... Abah memang akan marah siapa-siapa yang still bergalok or bising-bising waktu tuh... maybe Abah dah lapar kot.. hehe...
Abah pun memang suruh Mama masak pukul 5 lagi.. kalau pukul 6 Mama tak setel lagi dengan lauk-lauk semua, Abah akan start membebel.. Mama la orang paling kalut masa tuh..
Abah lak jenis kena ada lauk gulai setiap kali dia makan... gulai telur pun dia tak kisah asalkan gulai... satu lagi makanan peberet Abah tiap kali berbuka ialah jemput-jemput buah kurma.. susah nak tengok takde menu tu..

Terawikh,
masa kecik-kecik dulu Abah selalu bawak aku pergi masjid masa terawikh.. Abah ajar aku duduk dalam saf depan-depan, sebelah dia, sekali dengan orang-orang tua.. katanya lebih khusyuk.. kalau aku duduk sekali dengan budak-budak lain confirm aku ajak borak nye.. haha..
kadang-kadang kalau Abah tak larat nak pergi masjid dia ajak terawikh kat rumah je.. dia la imam+bilal.. aku tolong iqamat je... bacaan bilal masa terawikh tu Abah jugak yang baca.. sampai aku dah hafal dah bacaan tuh..
bila dah besar nih, aku jarang ada kat rumah masa puasa.. yela, cuti kolej pun berapa hari sangat.. jauh dari kampung semangat nak terawikh tu kurang sikit... selalu ponteng.. bila balik rumah dekat-dekat nak raya, kemalasan tu berterusan.. Abah memang dah tak ajak pergi masjid, dah besar katanya, pandai-pandai la fikir... bila Abah dah balik dan tengok aku tak pergi macam biasa dia berbunyi lah, "nok jadi gapo terawikh tok gi.. bendo buleh pahalo besar free-free pun tokse amik peluang lagi"... (=.=")


sepanjang 3 hari balik kampung baru ni, kehilangan Abah sangat terasa..
takde suara tegas Abah untuk kejut sahur...
takde suara Abah nak membebel kalau tido sampai petang pun...
takde kalut-kalut pukul 6 petang tu nak siapkan juadah elak Abah marah; baru ni orang dah azan maghrib aku rilek lagi duk potong bawang...
yang paling ketara, ketiadaan Abah di meja makan paling dirasai... selalu situ lah tempat dia bagi ceramah untuk kami adik beradik..

kami sangat merindui Abah, terutama sekali Mama.. happy aku tengok Mama 2 hari lepas sebab dia dapat mimpi jumpa Abah.. duk ulang-ulang cerita benda yang sama... :')

tak sangka ramadhan tahun lepas ramadhan yang terakhir untuk Abah... Abah tak pernah tinggal puasa, tak pernah tinggal terawikh, siap jadi imam + bilal lagi dekat surau..

semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah s.wt.. al-fatihah~


*al-fatihah juga untuk famili member aku, kak zira (noor azira abdullah) kerana kehilangan bapa tersayang semalam.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...


Moral Of The Story - ibubapa tiada galang ganti



Friday, August 20, 2010

Kentut Kuat?


(click gambar untuk view yang lebih besar)


hahahaaahaaahahaahaa!!

lama gak aku gelak tengok gambar nih!




Moral Of The Story - semua orang kentut


Wednesday, August 18, 2010

Mekap Tebal

wooopp!! sori dah lama tak update blog.. mesti korang bengang tengok entry yang lama and sama je kan? (bajet hot, padahal follower nasib baik je sampai 100 orang tuh.. hahaha!)

tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik terserempak dengan perempuan yang bermekap tebal... (belum apa-apa terus dah masuk isi penting?)

aha.. nak mengomen sikit pasal mekap-mekap tebal ni..

ye, lumrah perempuan bermekap..
iyelah, nak nampak cantik dan menarik di depan orang ramai..
kalau mekap biasa-biasa tu boleh la terima.. ni sampai dah lain dari muka sendiri apekehal nye yop?

mostly lelaki tak suka perempuan yg suka mekap tebal-tebal nih.. kitorang lagi senang tengok muka yang neutral.. macam lega je bila tengok..
mekap pun boleh kalau nak tutup aib pada muka macam parut ke apa tapi tak perlu lah tebal ye tak?

bermekap tak salah tapi janganlah sampai melampau.. sampai buat orang nak tengok pun TAKUT...
tak berat ke muka eh sebab kitorang (lelaki) tengok dah macam kena tampal dengan apa dah muka..

tak perasan ke kalau dah mekap tebal sangat nanti nampak macam ni ha..

caakkk!!


p/s: ada gak lelaki yang jenis nak mekap-mekap tu pun satu hal jugak! adeh~

mekap = make up *malas nak eja kut english


Moral Of The Story - Islam hanya membenarkan perhiasan seseorang wanita untuk tatapan suaminya sahaja



Friday, August 13, 2010

Kelebihan Solat Terawikh

ah ha...

sepanjang bulan ramadhan, ada satu lagi ibadah yang mengiringi ibadat puasa iaitu solat terawikh.. ramai yang ikut pergi masjid sembahyang, ramai yang tahu tiap-tiap malam ada fadhilat dia.. tapi tak ramai yang ingat betul-betul keistimewaan malam-malam solat terawikh.. meh aku ingatkan meh.. huhu!


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


p/s - tapi kenapa awal-awal bulan puasa je ramai yang pergi terawikh?


Moral Of The Story - rebutlah peluang yang ada


Tuesday, August 10, 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan

salam.. (cewahh, mentang-mentang entry bulan puasa, start dengan salam)

kejap je setahun... baru je rasa macam 2, 3 hari lepas puasa, sekarang bulan ramadhan dah datang balik.. huhu!

alhamdulillah aku masih diberi kesempatan olehNya untuk berpuasa lagi tahun ni.. aha, bulan ramadhan adalah bulan rahmat bagi umat Islam... kenapa?ha, ni yang aku jumpa.. huhu!

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

a) Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
b) Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
c) Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
d) Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

e) Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

f) Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

g) Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)



Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)


asal macam banyak pasal tido je aku letak nih? hahaha!

p/s - tapi kenapa selalu baru sehari puasa dah ada iklan raya kat tv?


Moral Of The Story - Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam....:)

Thursday, August 5, 2010

Perempuan Tidak Bertudung

aku agak mengambil berat tentang perihal perempuan... kenapa? salah satu sebab ialah adik beradik aku semuanya perempuan...

aku suka cari artikel mengenai perempuan dan salah satunya adalah mengenai pemakaian tudung... aku ada ramai member perempuan yang tak pakai tudung..

aku terbaca something mengenai pemakaian tudung dan aku agak segan untuk menegur kerana diri sendiri juga tidak begitu sempurna...

ni yang aku dapat dari group facebook yang aku join..

Rasulullah saw pernah bersabda :
"Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (Hadits Riwayat Imam Muslim)


Ancaman yang terdapat dalam hadis ini ialah wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna tidak akan dapat mencium bau syurga, apatah lagi untuk memasukinya.

Agar tidak termasuk dalam golongan ini, tutuplah aurat mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syariat. Iaitu menutup seluruh tubuh badan melainkan muka dan kedua tapak tangan. Pakailah tudung sehingga dapat menutupi paras dada, pakaian yang longgar dan tidak nipis serta tidak menampakkan susuk tubuh anda.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

sumber - group "apa hukum islam tidak tahu pakai tudung ahli neraka"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

ada lagi satu video aku tengok dalam facebook, ayat dalam video tu ada sebut..

"neraka adalah tempat bagi perempuan yang tidak berjilbab"

astaghfirullah.. terkesima jap aku baca..

aku pun sedang memperbaiki diri~


Moral Of The Story - sekadar mengingatkan



Tuesday, August 3, 2010

Bukit Broga? Hehehe

mu dah duduk KL nak dekat duo tahun pung dop pegi lagi Bukit Broga? dop rok lasung! - kata seorang rakan suatu ketika dulu..

Bukit Broga? ape tu? amende tah yang istimewa sangat.. siap berkait dengan faktor aku duduk kat KL tak tahan tuh.. hahaaha..

lepas je tertengok gambar salah sorang BFF aku naik Bukit Broga, aku pun terus pasang hajat! nak naik gak.. tengok gambar-gambar dia macam lawa je.. hoho

akhirnya, setelah pujuk rayu bercampur dengan hilai tawa (apa aku merepek ni), BFF aku ni pun setuju membawa aku ke Bukit Broga ahad lepas - 1 Ogos!

bertolak dari rumah sewa kira-kira jam 5 pagi, ahhhh bosan nya! macam nak buat novel lak... let the pictures do the talking~


bff - caki

letih.. padan muka takde stamina..



view yang sangat indah, trademark broga



ahha.. zana sorang je perempuan.. ajak die pun sebab die da expert dengan daki-mendaki nih.. kitorang da lelah+peluh, die rilek je boleh senyum-senyum..


sampai puncak! 400m je pun da bising

budak-budak rumah sewa (aku yang tertonggeng tuh).. ada 2 orang lagi takde.. ada hal yang tak dapat dielakkan..



oh ya, mintak maaf la kat kawan-kawan lain yang aku tak TERajak... benda ni pun tak plan betul-betul sangat.. lain kali yea kita pegi ramai-ramai.. teehehee..:P



sumber gambar - kamera caki, kamera zana, kamera zali



Moral Of The Story - indahnya ciptaan Tuhan...:)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails