Tuesday, July 27, 2010

Akhirnya Aku Mengaku

aku seorang lelaki tulen..

aku menyukai wanita...

aku suka kalau badan aku tough (bila entah nak tough ni)...

owh, aku bukan nak mengaku pasal ni sebenarnya... yang kat atas ni semua orang dah tahu.. aku nak mengaku yang aku nih.................


kacik dan aku


aku, kacik dan ejah


aku dan ejah



yea... sejak kacik (adik aku) bagi gambar-gambar masa kecik ni, barulah aku perasan dan MENGAKU bahawa aku sejak kecik lagi dah FOTOGEDIK!!




nak muntah hijau? sila tatap gambar cumel ni lama-lama sikit


p/s: tak ke gedik ambik gambar macam nih?




Moral Of The Story - gambar merakamkan kenangan



Sunday, July 25, 2010

Darah Tinggi!

semalam pergi jalan-jalan kat wangsa walk bersama kak norin, fadhlin, abang faisal n membernya dan tasha n adiknya...

masa dah nak balik tuh kak norin saja-saja pergi kat mesin yang boleh measure berat, tinggi, kandungan lemak, degupan jantung dan blood pressure.. aku tengok macam best je dia buat.. so, lepas kak norin selesai aku pun gatal-gatal la nak try.. heh..:P


ambik kau blood pressure aku tinggi gile.. semakin tensen lak aku jadinya... macam mana boleh jadi tinggi? faktor keturunan? pemakanan? environment? aduhh.. semakin pening!

member-member aku cakap kalau nak buat ujian blood pressure tak boleh buat apa-apa aktiviti dalam masa 30 minit sebelum buat ujian itu.. tapi semalam aku buat betul-betul lepas aku main boling!



menang pulak tuh.. hahahah!


apa-apa pun.. mulai sekarang aku da kena beringat... kena jaga makan, pemikiran tak boleh stress sangat... dan aku ingat nak pergi cek lagi skali... maybe pergi hospital lak ke.. hoho..:P



Moral Of The Story - beringat sebelum kena!


Saturday, July 24, 2010

Aku Ini Ancaman?

wan faizin wan ismail adalah ANCAMAN besar kepada boyfriend member-member perempuannya.. ini adalah fakta... kenapa?

setakat ini sudah 5 orang member perempuan aku remove aku dari friend list facebook diorang... ada yang boyfriend dia tolong remove kan (boyfriend tahu username & password girlfriend, biasalah) dan ada yang dia remove kan sebab nak jaga hati boyfriend... semuanya adalah disebabkan boyfriend diorang jeles dengan aku.. tapi kenapa aku sorang je? member lelaki yang lain tak remove pulak? padahal sama je ada komen-komen... aduhh, sedihnye!

aku layan member-member perempuan aku semua sama... nak kata aku puji lawa ke apa, janganlah harap... aku jarang puji member lawa, cumel, anggun semua... tanak bagi perasan... siap kutuk-kutuk lagi dorang.. heh.. kata member kan, so macam tu lah aku layan... takde yang SPECIAL!

kenapa dorang jeles dengan aku? maybe sebab aku good looking sikit (perasan, mu nak kena pijak ke jay?).. bagi aku, dorang tak perlulah nak jeles-jeles sebab walaupun girlfriend dorang ramai member lelaki tapi girlfriend korang tu tetap pilih korang.. kat situ dah nampak korang bertakhta kat hati dorang.. so, nak risau apa lagi.. huihh...

aku nak jelaskan kat sini, prinsip aku adalah TAKKAN MENGORAT girlfriend orang... aku just berkawan je.. memang tak aku nafikan aku ramai kawan perempuan dari kawan lelaki.. boleh kata dalam nisbah prempuan kepada lelaki adalah 3:1 la.. mungkin sebab adik beradik aku semua perempuan, yang membuatkan aku senang get going dengan ramai perempuan.. tapi aku takde la playboy! kawan tetap kawan.. anggap macam tu je..

bagi aku lagi, takde perempuan yang akan nak kat aku buat masa sekarang...
- aku tak kerja lagi (takde duit sendiri lagi la)
- aku takde rumah sendiri
- aku takde lesen kereta+motor
- banyak kemahiran asas seperti wiring, bertukang, dan lain-lain aku tak reti
- aku nak buat presentation dalam kelas pun nervous sampai termuntah-muntah!

so, ciri-ciri lelaki idaman takde kat aku..

aku just berkawan je.. aku takde niat pun nak rampas girlfriend korang.. lagipun mostly aku kenal girlfriend korang dulu dari korang.. tak kisah la yang dah remove tuh, girlfriend korang kan mesti korang nak jaga.. aku MINTAK MAAF banyak-banyak kalau aku buat korang menyampah.. niat aku just berkawan je.. tak lebih dari itu..

tapi ada gak yang boyfriend dorang rilek je aku berkawan dengan girlfriend dorang.. memang aku respect gila-gila!

bak kata kawan aku, yang remove-remove ni jenis yang tak matang, tak percaya kat girlfriend sendiri... bagi aku? entah lah...


p/s: aku tak suka cakap pasal orang sebenarnya.. tapi ni aku just nak luahkan perasaan je..

*cuba kira berapa banyak word girlfriend kat atas.. heh..:P


Moral Of The Story - berkawan biar seribu, berkasih biar satu

Wednesday, July 21, 2010

Ratahlah Lagi!

nak cerita pasal zaman kecik-kecik je ni..

salah satu tabiat buruk aku adalah meratah... tapi aku bukan meratah ayam goreng, daging or apa-apa yang berkaitan sebab arwah abah aku tak pernah ajar makan lauk macam tu.. kalau nak makan ayam goreng kena makan sekali dengan nasi.. dulu-dulu bengang la jugak sebab nak rasa lauk je pun dah kena sound.. sekarang baru faham sebab abah tak nak membazir lauk.. (kalau makan dengan nasi boleh kenyang terus!)

ok.. berbalik kepada tajuk.. aku suka meratah MILO!!


korang pun suka ratah milo gak kan? jangan tipu!

entah la.. dah masa kecik memang suka coklat-coklat+gula-gula semua kan.. so, milo pun jadi mangsa la.. walaupun selalu jugak kena marah dengan abah sebab ratah milo, aku tetap makan jugak curi-curi.. heh.. pergi dapur ambil gelas+sudu, bukak penutup tin milo (masa ambil gelas tu saja laga-lagakan sudu dengan gelas sebagai isyarat pada semua orang yang aku nak buat air)... then, benamkan sudu ke dalam lautan serbuk milo - angkat - suap ke mulut...

PERGHHHH!!!

sangat sedap.. tak yah susah-susah merengek-rengek mintak duit kat abah+mama beli coklat kat kedai.. selalunya kitorang adik beradik akan dengki antara satu sama lain kalau ada yang dapat makan milo curik-curik.. siap ugut nak bitau abah! (aku la tuh) hahahaha...:P

ADA SATU HARI NI, macam biasa niat nak makan milo... aku ambik gelas+sudu dan buat bunyi ting tang ting tang alexander... cari tin milo.. atas kabinet takde, atas meja makan takde... maknanya MILO DAH HABIS! so, aku yang memang kempunan nak meratah ni fikir la satu alternatif lain...

yea, aku akan meratah benda lain! aku pun cari la serbuk pembuat minuman yang lain.. jumpa satu jenis ni di mana ianya menjadi peberet abah... pulas-pulas tudung botol - benamkan sudu ke lautan serbuk itu - angkat - suap ke mulut..

NAHH KAUUU!! PAHIT NAK MAMPOS!!




yea.. aku g makan nescafe...T_T


Moral Of The Story - meratah itu normal!

Monday, July 19, 2010

In Memory, Abah : Part 4


semalam kacik (adik aku) bagi aku gamba nih.. terkedu jap aku.. aku tahu aku ada gambar ni tapi tak ingat letak mana.. serta-merta air mata aku nak jatuh... nasib baik budak-budak rumah sewa aku ni jenis gila+bengong+sengal sikit.. buat lawak tak hengat sampai air mata yang bertakung tadi telah disejat ke udara melalui proses penyejatan.. (kimia aku B yea, jangan main-main!) hahahahaa..:P

ok, cakap pasal gambar ni..
gambar ni disnap oleh kacik masa aku mula-mula daftar kat kpmim.. nampak sangat kan budak baru dengan rambut rapat ke kepala macam tempurung pun ada.. dah macam kojek dah aku tengok.. hahaha!

dari riak muka abah dalam gambar ni, aku dapat baca yang dia sangat bangga dengan aku...
dari riak muka abah dalam gambar ni, aku dapat baca yang dia menaruh harapan tinggi pada aku...
dari riak muka abah dalam gambar ni, aku dapat baca yang aku sangat berbaloi untuk dia...


buat masa sekarang ijen masih belum boleh membanggakan abah.. tapi ijen akan usaha untuk itu!

*kojek = askar prebet (rasanya la)

p/s: sori, entry sedih lagi.. adoi, siapa suruh aku ada blog? kan dah asyik cerita luahan perasaan je nih..


Moral Of The Story - memories help us become stronger

Tuesday, July 6, 2010

Patut Ke?

masa : 9.45malam

tempat : Stesen Bas Langgar


bas ke KL sudah tiba.. aku melihat jam di tangan.. dalam hati mengeluh sedikit... dalam tiket bas tertera waktu perjalanan adalah pada jam 8.30 malam... senyum sendirian..:)

bertemankan pok loh dan acap, aku naik bas &%$#@$%$# yang baru tiba itu... macam biasa, letak beg yang berat berisi apa pun aku tak ingat kat tempat letak beg bawah bas, cek tiket dengan driver, lalu masuk ke dalam perut bas bersama acap dan pokloh.. duduk sahaja di kerusi penumpang, pokloh bangun meletakkan beg nya yang satu lagi kat tempat letak beg kat atas kepala.. oh ya, aku duduk sebelah pok loh (perlu mention ke?)

tiba-tiba, seorang budak lelaki yang agak-agak aku dalam umur 12 tahun kot menghulurkan aku sticker yang tertera ayat 1000 dinar... setelah aku menyambutnya, budak itu berlalu pergi ke bahagian belakang bas.. eh, baik betul budak nih.. bagi free macam tu je, besar pahala kau budak.. (fikir aku la)

pokloh yang tadi bangun datang duduk dan aku hulurkan padanya sticker tu, "letak sekali dengan barang mu la loh, tak molek letak kat bawah ayat-ayat al-quran nih"... sekali lagi pokloh bangun dan simpan dan dia duduk balik sebelah aku..

bila bas dah nak bergerak, tiba-tiba budak yang bagi sticker tadi datang kat kitorang dan mintak derma... la, budak mintak derma rupanya! aku hulurlah rm1.. dia ambil dan mintak lagi rm3.. eh, apahal pulak budak nih? aku dan pokloh cakap rm1 padanlah nak demand-demand bukan derma namanya.. budak tu tetap berkeras.. dan dia mengatakan bahawa sticker tu berharga rm3... eh, kepala hotak kau aku tak kata pun nak beli!

aku pun suruh pokloh ambil balik sticker tu dan pulangkan kat dia.. dengan muka tak puas hati dia pergi kat penumpang lain pulak yang dia bagi sticker tuh.. ceitt!! bijak punya marketing strategi budak!! main bagi lepas tu mintak duit.. bukannya tak nak bagi derma, tapi cara tu salah.. dan aku tau kalau guna budak-budak ni maknanya dorang ni sindiket! entah berapa banyak dah dorang dah kaut duit dari orang ramai... durh~



patut ke aku bagi derma jugak?


p/s: dalam dompet aku ada rm60.. tak ada duit kecik.. teehehehe...:P


Moral Of The Story - saluran kena betul

Sunday, July 4, 2010

Bercakap Ketika Azan

baik la pulak aku kan? cakap pasal agama-agama nih.. tapi just nak share...

kebanyakan kita (melayu islam) ramai yang endah tak endah pasal ni kan? bila azan je tetap dengan rutin sendiri contohnya berbual, bermain, menyanyi... aku pun tak terkecuali dulu... tapi semenjak dua menjak aku berfikir secara matang ni, tak boleh ke kita diam dan berhenti melakukan sesuatu perkara bila azan sedang berkumandang? sekejap je pun.. aku ni pun amal ibadat takde la banyak mana, setidak-tidaknya benda yang senang nak buat macam ni kita amalkan lah.. tak gitu? hoho..:P


Diriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:

“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka, “Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?” Jawab Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu iaitu semasa hayatku dulu, apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta-merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka” "


sumber dari hurairah.net

kalau bukan kita yang beragama Islam ni yang hormat azan, siapa lagi?


p/s - aku pun takde lah perfect sangat... sama-sama ingat mengingati..:)


Moral Of The Story - sharing is caring

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails