Tuesday, July 6, 2010

Patut Ke?

masa : 9.45malam

tempat : Stesen Bas Langgar


bas ke KL sudah tiba.. aku melihat jam di tangan.. dalam hati mengeluh sedikit... dalam tiket bas tertera waktu perjalanan adalah pada jam 8.30 malam... senyum sendirian..:)

bertemankan pok loh dan acap, aku naik bas &%$#@$%$# yang baru tiba itu... macam biasa, letak beg yang berat berisi apa pun aku tak ingat kat tempat letak beg bawah bas, cek tiket dengan driver, lalu masuk ke dalam perut bas bersama acap dan pokloh.. duduk sahaja di kerusi penumpang, pokloh bangun meletakkan beg nya yang satu lagi kat tempat letak beg kat atas kepala.. oh ya, aku duduk sebelah pok loh (perlu mention ke?)

tiba-tiba, seorang budak lelaki yang agak-agak aku dalam umur 12 tahun kot menghulurkan aku sticker yang tertera ayat 1000 dinar... setelah aku menyambutnya, budak itu berlalu pergi ke bahagian belakang bas.. eh, baik betul budak nih.. bagi free macam tu je, besar pahala kau budak.. (fikir aku la)

pokloh yang tadi bangun datang duduk dan aku hulurkan padanya sticker tu, "letak sekali dengan barang mu la loh, tak molek letak kat bawah ayat-ayat al-quran nih"... sekali lagi pokloh bangun dan simpan dan dia duduk balik sebelah aku..

bila bas dah nak bergerak, tiba-tiba budak yang bagi sticker tadi datang kat kitorang dan mintak derma... la, budak mintak derma rupanya! aku hulurlah rm1.. dia ambil dan mintak lagi rm3.. eh, apahal pulak budak nih? aku dan pokloh cakap rm1 padanlah nak demand-demand bukan derma namanya.. budak tu tetap berkeras.. dan dia mengatakan bahawa sticker tu berharga rm3... eh, kepala hotak kau aku tak kata pun nak beli!

aku pun suruh pokloh ambil balik sticker tu dan pulangkan kat dia.. dengan muka tak puas hati dia pergi kat penumpang lain pulak yang dia bagi sticker tuh.. ceitt!! bijak punya marketing strategi budak!! main bagi lepas tu mintak duit.. bukannya tak nak bagi derma, tapi cara tu salah.. dan aku tau kalau guna budak-budak ni maknanya dorang ni sindiket! entah berapa banyak dah dorang dah kaut duit dari orang ramai... durh~



patut ke aku bagi derma jugak?


p/s: dalam dompet aku ada rm60.. tak ada duit kecik.. teehehehe...:P


Moral Of The Story - saluran kena betul

9 comments:

efa fairuz said...

bongok kan.. sindiket tu.. aku penah kene.. masuk bas bagi bagi camtu, pastu igt kan free ke.. skali dtg nak mintak duit.. mcm gampang je..

Zaini Punye Citer said...

2 pilihan:
1. mu derma je..amik ic dan kad bank, wallet mu tu mu kasi kat bdk tu..bkn byk pon duit..hakhak..

2.tak pon mu jentik je kening budak tu 17 kali..

Zaini Punye Citer said...

mu jentik je kening budak tu 13 kali..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tu sindiket kot,

hurm.

frwls said...

memang camtu. banyak kali aku jumpa.
tapi aku tak amek.


hihi pandai tul aku

JAY said...

jeni: aku geram nk debik je sebijik!

loli: memang, confirm!

caki: good! tapi aku selalu tak ambik.. ni tiba-tiba je budak tu hulur pastu dia blah.. marah la aku!

JAY said...

kakak: tu la.. takpe, lain kali kalau kena tak yah ambik dah.. hoho..:P

AiZ said...

siot tul perangai sindiket sekarang sebijik cam disket... =__="




Aiz latest entry
Blogger jenis apakah kamu? PENIPU?
Original waka waka bukan shakira la
Negara millionaire yang miskin



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Seri said...

zaman sekarang mana ada gree. ingat2 lah. orang bagi tu pegang je untuk pulangkan balik sebab kita bukan nak beli pun. jangan terus disimpan

ceh, pernah terkena gak kat larkin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails