Tuesday, March 30, 2010

Tag??


emm, kalau kena tag nih kite kena post balik yea tag tuh?? first time aku buat nih.. hohoho..:P

ditag oleh mcjust ,

1. YOU HAVE TO PRINT SCREEN WALLPAPER THAT YOU ARE USING NOW.


2. TELL US WHY YOU LIKE THE WALLPAPER.

mestilah suka... gambar gf sendiri lol.. hoho.. lagipun, gambar ni masa pergi tengok final piala malaysia tahun lepas.. hehe.. kenangan tu, dating kat stadium (even mase ni belum kapel lagi) heh..:P

3. TAG 10 PEOPLE.

10? siapa ek?











heee...:)


Moral Of The Story - benda macam ni merapatkan silaturrahim kot..

Bersalahnya Aku

dulu...

ketika sama-sama hilang "senyuman"

aku selalu temankan dia..
aku selalu beri semangat..
aku selalu ambil berat..
aku selalu memberi harapan..

dia selalu menginginkanku..
dia selalu perlukanku..
dia selalu mengharapkanku..

aku memberi semangat tatkala dirinya "hilang"..
aku memberi semula "senyuman"nya..

namun,
setelah dia memperoleh kembali senyumannya..
dia aku tinggalkan..
dia aku biarkan..
aku mencari senyumanku pula..
aku menemui senyumanku..
dia tersenyum melihatku senyum..
dalam senyumannya ku lihat duka..
aku membuatnya terluka..

aku meminta maaf..
dia sudah memaafkan..
tapi, senyumannya membuatkanku ingin menangis..
aku sudah melukakannya..
dia terluka dahulu, kemudian aku..

kini, dia sudah tersenyum kembali..
aku gembira melihat dia tersenyum..
senyuman itu yang pernah dilemparkan kepadaku..
ku harapkan dia bahagia..
kebahagiaan yang tidak dapat kuberikan..
semoga dia tidak lagi terluka..
kerana aku ingin melihat dia terus tersenyum..


adoi, macam mana aku boleh karang benda nih! jiwang rupenya aku.. baru aku tahu.. haihhh..

p/s - "dia" maybe jarang bukak blog ni, tapi aku harap dia akan membacanya.. sangat berharap..


Moral Of The Story - jangan ambil kesempatan..

Friday, March 26, 2010

3 Orang Si Bodoh


oho... sebelum pape, entri ni bukan untuk marah-marah, benci-benci orang.. ianya hanyalah tajuk cerita hindustan, "3 Idiots"..

damn~
once again my entry is about hindustan!



cerita lakonan aamir khan (pelakon utama) ni bukanlah totally cerita pasal 3 orang lelaki yang bodoh.. it is just about people those are not following the rules of life.. ianya berkisar mengenai persahabatan antara 3 orang yang mengenali satu sama lain ketika belajar di kolej... err, malas lah nak taip banyak-banyak.. nanti korang donlod dan tengok lah sendiri... yang tinggal berdekatan dengan aku boleh copy cerita ni dengan aku.. hehehehe...:P

komen penonton:-

khairul gaddafi "pergh cerita.. dari skala 5 bintang, aku bagi 6!"

nik abdullah "aku nangis 3 kali tengok cerita ni"

wan faizin "patutlah cerita ni meletup!"

eppi "jom tengok sekali lagi cerita nih..! best bodo!!"

pokloh "cerita ni best la, kejap-kejap lawak kejap-kejap sedih"

jay "berpeluh-peluh aku tengok cerita nih! marahnye! asal la best sangat??"


haa, tu antara komen-komen penonton 3 Idiots.. sebenarnya kitorang bertiga je yang tengok cerita ni tadi... eppi, pokloh dan jay tu nama glamour untuk kitorang (khairul gaddafi, nik abdullah, wan faizin)... saja nak bagi nampak ramai... hehehe..:P

aku post entry ni betul-betul lepas tengok cerita ni.. uhu.. obses lak (macam caki la pulak)..:P

bukannya aku nak memperjuangkan industri filem hindi, just nak kongsi je dengan korang.. jangan salah faham... cerita malaysia pun aku tengok gak.. heh..

bilalah cerita malaysia nak ada cerita macam ni yek?


Moral Of The Story - pilih cerita yang bermutu...:)

Tuesday, March 23, 2010

Tahniah La Korang!!


uhu... sepanjang cuti sekolah baru ni, ada 3 orang member aku kawen...

huihh, aku jadi agak sibuk sikit.. (sibuk pergi majlis orang!) hehehe..:P

ini lah member-member aku yang kawen..


majlis persandingan jamil dan liyana anith
13 mac 2010
presint 9, fasa 3, putrajaya
(liyana anith budak hnd batch aku)


majlis persandingan azril dan aishah
14 mac 2010
batu 3, kuantan, pahang
(aishah budak DIA batch aku)


majlis persandingan firdaus dan azrah
19hb mac 2010
kg dusun buluh, pulai chondong, kelantan
(firdaus member baik aku sejak sekolah menengah)


apa la korang, lahir sama-sama dengan aku (tahun 1986), tapi kawen dulu dari aku... marahnya!! hahahahaha...:P

pape pun, tahniah sangat-sangat! semoga bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu cicit...:)


Moral Of The Story - jodoh di tangan Tuhan



Monday, March 22, 2010

Hati Menangis Siapa Tahu



baru je sampai dari kelantan...

sedih, sangat sedih...

khamis baru ni balik kampung, sampai di rumah melihat abah still terlantar...

lemah..

tak mampu bergerak sendiri...

paksa diri untuk senyum...

senyuman abah dalam kesakitan...

aku sangat sedih...



hati menangis siapa tahu......


Moral Of The Story - ..........

Sunday, March 7, 2010

Kahwin?

hari itu, semasa abah masih dalam wad di hospital kota bharu...

aku, adik aku (kacik) dan suaminya pergi melawat abah. kitorang duduk mengelilingi katil abah yang ditemani mama tersayang. abah dah boleh duduk sendiri kat katil dia.

al-kisahnya~

kacik: bah, ijen dah ade gewe bah!!
abah: gapo? (sambil menjengilkan matanya)
kacik: ijen da ade gewe.. pandai doh ijen loni bah..

(dalam hati aku, natey budok kacik nih!)

abah: budok mano jen?
aku: heee... budok pasir tumboh bah..
abah: acu wi tengok gamba dio
aku: kena tunjuk ke bah? hehehe..
abah: marila wi, abah nak tengok nih.

aku dengan segan-segan taik kucing menunjukkan gambar gewe aku yang dalam enset kat abah. abah meneliti gambarnya penuh minat.

abah: namo gapo jen?
aku: baz... bazlina bah..
abah: bazlina? duk pasir tumboh?
aku: aah.. (mengangguk kecil)
abah: em, gini la.. abah segar sikit lagi, dale buley pat ko, kito gi masuk miney slaluh la.. guno pitih abah dulu pun takpo... wak tubik blako dale bank tuh..
(translate, macam ni la, tunggu abah sihat sikit lagi, dalam bulan 4 macm tu ke, kita pergi masuk meminang terus la.. guna duit abah dulu pun tak apa... keluarkan semua yang ada dalam bank tuh)


gulp!!!!

kacik dan mama tersengih kambing....

bagi aku, constraint untuk aku kahwin
- aku still belajar, hujung tahun ni baru habis..
- aku tak kenal mane lagi famili gewe aku..
- tak ada duit nak tanggung anak dara orang lagi..
- hanya bersedia dari segi batin sahaja..
- banyak selok-belok kehidupan yang aku belum tahu..
- aku tak ada lesen kereta lagi!!!!!!!!!!!

p/s: abah aku sangat berkeinginan menantu berasal dari kelantan

* gewe = kekasih
* loni = sekarang
* pasir tumboh = nama suatu daerah di kelantan
* acu wi = cuba bagi



Moral Of The Story - tak semua benda boleh cerita kat parents

Monday, March 1, 2010

Cinta Adam dan ....?

jam 10.05 malam...

hujan lebat dan petir berdentum-dentum. rumah aku blackout dari pukul 7 kot. (sebab aku tido, tak tau masa sebenar blackout). takpe, bukan nak cerita pasal ni pun.

disebabkan bosan dengan kegelapan yang melanda rumah sewa aku, nak online pun tak boleh, aku sms ema mariani. dia duduk satu bangunan dengan rumah sewa aku. ajak dia keluar makan, dia ada kereta. heh..:P

so, aku zali ema dan dua orang lagi kawan ema keluar lah makan. destinasi yang dituju adalah LRT Corner. dekat dengan stesen lrt cempaka. mula-mula sampai tengok kedai dah penuh. durh~ (mengeluh dalam hati). cari punya cari, aku terpandang meja yang boleh muat 6 orang duduk. "hah, jom duk situ je" kataku seperti memberi arahan. diorang ikut.

pendek cerita, dah order makan semua, ada budak-budak lelaki dalam 5,6 orang jugakla duduk kat meja sebelah. diorang bising-bising. aku ingat budak mana yang poyo sangat wat bising, sekali tengok budak-budak lembut. durh~ da la bising, duk cerita pasal bf masing-masing! gelinya aku.

tup-tup, kat radio dalam LRT Corner ni berkumandang lagu dendangan misha omar - cinta adam dan hawa. yang aku bengang, diorang boleh pulak nyanyi lagu ni kat part korus die, "cinta adam dan adam~~"

aku nak menyumpah-nyumpah je rasa. nak wat macam mana dah diorang lembut macam tuh. tapi agak-agak lah ada bf!! aku bukan diskriminasi, tapi benda macam ni leh ubah kalau kena dengan gaya asuhan. aku ada 5 orang adik beradik, aku sorang je lelaki, tapi aku tak ada jadi macam tuh. (mintak jauh la).

Ya Allah, berikan lah mereka petunjuk. bimbinglah mereka ke jalan yang lurus. nabi tak mengaku umat kalau berpasangan dengan kaum sejenis. semoga satu hari nanti diorang akan sedar.


Moral Of The Story - kalau kita nak, mesti ada cara kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails