Thursday, December 30, 2010

New Hero Has Born

sudah lama rakyat Malaysia nanti-nantikan seorang penjaga gol seperti ini di dalam pasukan negara..

yang sangat boleh diharap di depan pintu gol
yang sangat kemas menangkap bola
yang sangat bijak menutup angle bagi penyerang pihak lawan


man of the match untuk Malaysia pada second leg AFF Suzuki Cup 2010 Final, Khairul Fahmi Che Mat..

walaupun terkena laser, laser bukan alasan!!





the great moment in that match..!

hoping that one day Malaysia will have the great defender like Nemanja Vidic
hoping that one day Malaysia will have the great playmaker like Cesc Fabregas
hoping that one day Malaysia will have the superb striker like Didier Drogba



Moral Of The Story - sokonglah rakyat Malaysia


Friday, December 24, 2010

Peristiwa Hitam Putih

Pada satu malam yang sejuk, hujan gerimis mengundang

Kami sekeluarga menonton PAPADOM yang ditayangkan oleh Astro Prima. Dalam keadaan berbaring mengikut keselesaan masing-masing, aku lebih senang baring mengiring..

Oh ya, disebabkan suhu sangat sejuk aku hanya mandi sekali sehari je..

Sedang syok menonton cerita yang kadangkala nakal kadangkala sedih kadangkala drama...

“peleppeekkk”


Bunyi sesuatu mendarat di bahu aku.. aku terbau sesuatu.. aku dapat agak..

Tak semena-mena aku bingkas bangun dengan berhati-hati bagi mengelakkan benda yang mendarat di bahu aku itu teralih, mencapai tuala terus ke bilik mandi..

Sesudah mandi, sudah wangi.. landing di tempat yang sama.. sekadar untuk melepaskan geram seraya aku berkata


“menatang cicak berak atas aku!!!”


Adik-adik aku gelak kurang ajar!!


Moral Of The Story – patut lah kita disunatkan membunuh cicak.. nak-nak hari jumaat


Wednesday, November 24, 2010

Sukan Malaysia Memang Suwey Kalau Ada Live?

Suwey = tidak bernasib baik, pedajal, majal, eh korang memang tahu kan suwey tu ape!

Kemeriahan Sukan Asia di Guangzhou semakin menghampiri penghujungnya.. tahniah kepada atlet-atlet Malaysia yang berjaya menyumbangkan pingat tak kira emas ke perak ke gangsa ke.. ingat senang nak dapat pingat lawan orang luar negara? Aku main untuk kolej pun tercungap-cungap nak menang! (emo sikit, ditujukan khas kepada mereka yang selalu kutuk-kutuk atlet Malaysia)

Hurm,
Dari kecil sampai aku besar panjang macam ni, aku ada masalah sikit dengan prestasi atlet Malaysia (eh, aku pun nak kutuk jugak?)... aku bukan nak kutuk yea.. just nak terang lagi bersuluh.. tak tahu lah sama ada kebetulan atau disengajakan, setiap kali match sukan yang melibatkan atlet-atlet Malaysia ditayangkan secara langsung di televisyen, Malaysia mesti kalah.. kenapa eh? Korang tak perasan?

Ambil contoh badminton la.. baru ni aku dengar-dengar yang Lee Chong Wei main bagus menang bergaya lawan Chen Jin untuk mara ke akhir Sukan Asia (sebab tak tengok tv).. bila final, aku tunggu depan tv... then dapat tengok live final antara Lee Chong Wei lawan Lin Dan.. pastu kalah.. adeh, tekanan perasaan aku! Walaupun aku tahu yang Chong Wei memang susah nak menang dengan Lin Dan, tapi takkan tak boleh nak menang-menang lagi kot.. aku tengok main dah lawa.. (ok, dah menyimpang)

Kalau bola pun sama jugak.. dulu ada Piala Tiger yang edisi mana entah.. tunjuk live kat tv lawan Myanmar pun kalah! Bila takde live, lawan Thailand yang kuat tu boleh menang pulak! Eh, marahnya aku!

Badminton la paling banyak sekali aku tengok live.. dari edisi super series, kejohanan dunia, all England, piala Thomas mostly aku tak terlepas tengok live... tapi bila aku tengok live mesti Malaysia kalah! Yang tahun 2003 punya All England yang Hafiz Hashim menang tuh, seingat aku takde live kat tv.. tv tayang keesokannya match tertunda final antara Hafiz dan Chen Hong tu.. tengok, menang pulak!! All England selepas tu semua tayang live kat tv dan resultnya, Malaysia kalah.. urghh!!

Hoki dapat masuk final Sukan Asia, aku tak nak tengok lah live!

*eh jap, Malaysia memang suwey bila ada live kat tv ke suwey hanya bila AKU tengok live kat tv??


Moral Of The Story – Majulah Sukan untuk Negara.. aku tetap sokong Malaysia!


Thursday, November 11, 2010

Menangis Tengok Movie?

semalam aku score gol lawa masa main futsal! gila terer!! eh, tak kena dengan tajuk..

korang pernah tak menangis sebab tengok movie? mesti pernah kan? aku pernah sekali.. (laki pun nangis ke woi!)

aku boleh dikatakan hantu hindustan.. yela-yela, aku mengaku... buktinya aku boleh nyanyi lagu hindustan lebih baik dari lagu melayu dan english... tapi percaya tak, aku tak pernah menangis tengok cerita hindustan?? korang kena percaya.. sila percaya~

banyak movie hindustan yang sedih-sedih macam kuch kuch hota hai, kal ho naa ho, dan yang paling sesuai sekali untuk nangis adalah kabhi khushi kabhi gham.. tapi aku tak menangis pun tengok.. aku just sedih je.. takde nangis-nangis macam orang lain..

yea, aku lelaki.. tapi aku dibesarkan di kalangan perempuan.. adik-beradik semua perempuan, jadi aku terdidik untuk MENGHAYATI setiap cerita yang sedih.. adik-beradik aku tengok cerita melayu pun boleh nangis~

tapi, aku pernah nangis sekali je masa tonton movie.. satu-satunya movie itu adalah ARMAGEDDON lakonan bruce willis, ben affleck, liv tyler dan ramai lagi.. bukan cerita hindustan ok!

aku paling sedih part yang dekat-dekat ending dia.. masa si bapa (bruce willis) sempat bercakap-cakap buat kali terakhir menggunakan satelit dengan anak dia (liv tyler)... yela, si bapa nak korbankan diri letupkan asteroid bersama-sama diri dia sekali.. mana tak sedih boleh cakap untuk kali terakhir, lepas tu dah tak boleh jumpa dah.. (apa ayat aku nih?)




ha, scene ni lah yang buat aku mengalir air mata tiba-tiba.. (guna gambar jugak akhirnya)

masa ni ARMAGEDDON tayang kat tv3 (masa tu aku sekolah lagi), scene ni sambung lepas nightline.. so, aku tengok sorang-sorang di malam yang hening, hatiku amat terusik.. rasanya, kalau aku tengok cerita ni sekarang confirm lagi senang menangis sebab teringatkan arwah abah..:')

tak salah orang laki nangis masa tengok movie.. menghayati!!! bak kata caki, ianya art!


Moral Of The Story - menangis adalah luahan emosi


Saturday, November 6, 2010

Pengalaman Pertama

tak tahu lah kenapa, sekarang malas betul nak menaip~

perkara: pertama kali nak makan sushi (ek eleh, orang lain lama dah makan woi!)
tempat: sushi king, berjaya times square
pergi dengan siapa?: dengan dua orang member perempuan (hehehe)

aku diperkenalkan terus dengan wasabi... dua orang member perempuan aku ni cakap wasabi tu pedas, macam belacan..

owh, aku suka pedas.. setakat belacan tak jadi hal.. eh, kata malas taip, biarlah gambar berbicara!


aha, mula-mula pegang chopstik.. aku cepat belajar tau! dah pro dah cara pegang tuh


ambil seketul, cicah sos dia yang dah dicampur wasabi sebanyak mungkin.. yela, dah kata macam belacan.. tengoklah betapa happy muka aku tuh..


first time masuk mulut rilek je... sedap-sedap kunyah, tu dia! pedas dia macam asap menyelubungi kepala aku dari dalam mulut naik ke otak.. bergegar otak aku rasa..!


berair jugak mata aku tahan.. ada la dalam 5 minit baru boleh biasakan diri~

dua orang member perempuan aku sedap gelak terkekeh-kekeh.. siap ambil gambar candid aku nih! siot kenakan aku.. nasib baik perempuan, kalau laki................ (tunjuk berani dalam blog sendiri)

bagi yang belum pernah makan (ada ke yang belum rasa? mu sorang je jay!) wasabi adalah satu entertainment ketika makan sushi.. pedas dia macam nak terajang orang.. ok, aku jakun.. sekian~


Moral Of The Story - sebelum membuat apa-apa yang disyorkan rakan, perhatikan mata mereka!



Tuesday, November 2, 2010

Final Piala Malaysia 2010!

ambo tokse kecek banyok.. nok oyak sini, ambo g bukik jalil sabtu baru nih! bakpo? sebak ambo pong g tengok kelate lawe negri sebiley jugop!


ready nok g stadium doh ni.. supo skalo, snap dulu dekak depe umoh.. wojik!


nunggu tuka tren kat chan sow lin.. sapa sini, sero supo duk kat padey bah koto baru doh-doh.. penuh baju meghoh!


situasi biaso di stesen lrt bukik jalil


sapo oyak ore kelate tok leh baik nge ore lua? sapo oyak?? sapo oyak?? natey!


ambo duk dekak bena nah nge nyokong negri sebiley.. ambo saksi jugop tengok botol air terbe dari tempat nyokong negri sebiley.. ha, pok dio start dulu!! sek klate kemah, siap sambut lagi botol air tuh..


ni time klate keno so koson! muko risa po ile anok haruan..


ni muko hepi lepas ref siup wisel penamat!!

tahnioh pado pasukey klate sebak berjayo memenangi pialo melaysia seteloh lebih 80 tahung menunggu.. adat pertandingey ado kaloh mene.. good game from negri sebiley..

ambo bukey saloh sore penyokong fanatik, lempar bedil + botol air blako tuh.. tapi sero jugop ati sebak media duk tunjuk hok klate jah ganah.. hok nyokong negri lua start dulu demo tok tunjuk.. takyoh la racism sangat.. kito ore melaysia blako.. jange duk babit politik la hal bola sepak nih.. ore rama g stadium sebab nok tengok ore maen bola, bukey mainey politik.. haihh.. serius pulok tibo-tibo... sh*t!







eh, aku update entry ni dengan letak video.. ni betul-betul lepas pengadil tiup wisel penamat.. hehe.. aku enjoy tau pergi stadium! (kalau kalah tak enjoy mana la)



p/s - berbaloi pergi tengok walaupun tiket mahal.. lenguh tangan sehari suntuk sebab duk kibar-kibar bendera 90minit!

maaf, tiada sense of humour~


Moral Of The Story - bola itu bulat


Friday, October 22, 2010

Karma??

subject = SHE


she used to love me when i'm in a relationship with other girl

i’m used to ignore her because of my relationship status, advices from my friends

i’m used to avoid her

i’m used to abandoned her

until she’s ever cried for me...


after that,

i’m about thinking rationally

i’m overlooked all my friend’s advice

i’m overlooked my relationship status

i’m starting the new term of friend, with her

ignoring others


then, we become a friend.. a close friend.. very close friend...

we can talk anything

we can talk rubbish

we can talk about politic

we can talk about romance

we can talk about sport

we can talk about family

we can say to each other, bodoh bengong bangang natey gile bab*.. anything!!

Without any heart feeling


Now,

Seems like she’s ignore me

Message, no reply

Facebook comment, no respond

My profile, never get her attention

Not once, but many time she’s did that

I’m going to feel ignored

I’m going to feel depressed

This what people said about karma, we get what we did


Is this what people called love?

Sh*t, now i’m used to hate that LOVE word!! Except LOVE for my lovely family

Hate this feeling! I’m not going to fall in love right now.. there are many things i need to solve first..

THIS IS KARMA??

(cikgu BI sila check grammar)


Moral Of The Story - cinta itu AGUNG.. huh?


Friday, October 8, 2010

Hindustan Lagi?

owh, semalam aku ke lowyat pusat barangan IT terkemuka di Malaysia.. promote tuh..

kenapa? sebab laptop aku rosak! skrin berkelip-kelip kusangka api, then padam terus.. tergendala lambakan assignment aku selama 3 hari (kalau laptop tak rosak macam mu buat je assignment tuh kan?)... tak sanggup menguji kesabaran diri lagi, berpegang pada kata-kata "serahkan pada yang pakar", seraya terus ke lowyat merawat laptop yang sangat nazak..!

*****

ditemani 4 lagi rakan yang sama ensem, aku singgah di sebuah kedai di dalam lowyat.. bertanya adakah kedai tu boleh membaiki laptop, jawabnya kedai itu hanya menjual barangan sahaja, membaiki laptop pergi belakang-belakang sana.. (malunya woi 2 tahun ulang alik lowyat ni boleh tak tahu tempat repair kat belakang!)

*****

laptop saya ni ada skrin problem, katanya aku pada tuan kedai yang berketurunan india muslim... "how do you know the problem is the screen? i think ar the problem is the motherboard.. bla bla bla bla"... ok, aku angguk setuju dengan semua dia cakap... dia power lagi.. kalau aku kena tipu pun aku tak tahu.. then, katanya aku boleh jalan-jalan dulu dan sejam kemudian boleh datang ambil...

lepas sejam 28minit, aku datang balik.. tuan kedai sengih memanjang.. suka la tuh dapat duit! dia demo sikit laptop aku, explain benda-benda yang sepatutnya.. hulur duit, dapat resit... owh, sekejapnya duit boleh habis...T_T

"bos, u have a lot of hindi movies ar.. u really like hindi?" tiba-tiba tuan kedai tegur.. aku hanya mampu tersengih...


dem! privasiku dicerobohi!!!!!



Moral Of The Story - gunakan laptop dengan cermat.. jangan bagi rosak


Tuesday, September 7, 2010

Ensem!

2hb September 2010 - tarikh bersejarah bagi aku.. aduhh!!

pada tarikh tersebut bersamaan hari khamis, budak-budak kolej aku masa diploma dulu arrange la berbuka puasa beramai-ramai kat Maju Junction..

dipendekkan cerita, aku bersama bos dan pokloh tunggu teksi nak ke stesen LRT Pandan Jaya.. tengah-tengah tunggu tu, aku duduk lah.. lenguh gak kaki dowh berdiri.. tiba-tiba ada satu kereta ni lalu depan kitorang.. ada sorang cina (lelaki) dalam kereta tu baya-baya aku tengok sengih dan senyum lebar kat aku.. ah sudah.. takkan dia gay kot.. bos pun perasan budak tuh duk senyum semacam kat aku.. biarlah, orang ensem nak buat macam mana.. (berlagak)

**teksi sampai..

tiba je kat Stesen LRT Pandan Jaya, aku mendahului bos dan pokloh berjalan.. bila lalu depan kawasan teksi menunggu, ada 2 orang perempuan (baya aku jugak rasanya) duk tengok aku tajam, senyum-senyum manis.. cumel pulak dorang nih.. hehe.. tapi tu fenomena biasa.. memang selalu aku jalan mana-mana pun perempuan tengok.. kali ni rasa macam pelik sangat sebab 2 orang tuh senyum terlampau manis kat aku.. biarlah, orang ensem nak buat macam mana.. (berlagak lagi)

**tren sampai..

aku masuk je tren cari tempat duduk.. bos dan pokloh duduk sebelah-sebelah aku.. ada budak perempuan duduk depan aku senyum-senyum tengok aku.. lepas tu bisik-bisik kat member dia.. aiseh, ensem sangat ke aku nih sampai nak bisik-bisik.. mesti dorang cakap "eh, dia ni ensem la.. macam pelakon, tak pun model".. fikiran aku lah..

tiba-tiba bos tegur dengan nada slow, "jay, kenapa budak perempuan depan ni senyum-senyum kat mu? tak zip seluar ke? haha" kata bos bergurau.. aku gelak je..



!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




memang aku tak zip seluar rupanya!!


patut lah budak cina, budak perempuan 2 orang tuh senyum lebar dan manis je kat aku..



Moral Of The Story - pastikan cara cover malu anda hebat


Friday, September 3, 2010

Hitam

kami mempunyai gelaran masing-masing..

jai - orang tua
am - orang tua
caki - budak obses+budak dibenci+budak taman (tapi jarang guna)
cacat - cacat
aku - hitam


hitam.. yea hitam...

member-member rapat aku selalu gelar aku hitam
tak cukup dengan tuh, dorang kadang-kadang panggil aku macha~

semua yang berkaitan dengan hitam, legam, gelap, samar-samar, memang ditujukan khas untuk aku..
kenapa? kerana di kalangan kami memang aku la gelap sikit.. sebenarnya gelap sikit je pun..


***
malam baru-baru ni, aku bersama jai dan caki lepak-lepak kedai makan.. jai dan caki baham roti pisang... sedap kata mereka.. aku tak.. jimat duit untuk mengecilkan perut..

habis makan, pergi bayar.. aku dan jai bayar dulu, kemudian caki...

tiba-tiba jai nak beli milo ais bungkus.. kami tinggalkan caki berseorangan di kaunter bayaran.. jai order milo ais dia tu sementara aku duduk dekat kerusi berhampiran...

aku tengok caki berjalan laju melintasi aku menuju ke arah motorsikal LC nya itu.. sampai situ, muka dia gelabah-gelabah alang mencari kelibat aku dan jai (dia tak tau kitorang tengah beli air bungkus)... jai dan aku gelak-gelak tengok caki.. muka dia masa gelabah memang kelakar...

selesai dibungkus, aku dan jai berjalan ke arah caki sambil gelak-gelak...

entah kenapa mulut aku gatal sangat.... "selamba je mu jalan gi kat motor, tak nampak aku duduk kat kerusi depan mu tadi?"

!!!!!!!




*korang bayang la dorang gelak macam mana~


Moral Of The Story - hitam itu menawan


Wednesday, September 1, 2010

Makin Naik

setelah memblogwalking sehari dua ni, didapati ramai yang cerita pasal diet badan sempena bulan puasa nih.. aku pun dengan sesuka relanya ingin membuka pekung di perut sendiri.. hoho!

yea, bulan puasa atau ramadhan memang masa yang sesuai untuk diet, menguruskan dan mengurangkan berat badan... tapi kenapa perut aku makin naik!!!

sebelum bulan puasa badan aku solid macam nih.. tak tipu.. bangga betul aku!



sekarang dah buncit! tade la sampai macam ni gayanya.. perumpamaan je nih..



perkara ni sangat merisaukan aku.. dah boleh bayang muka kakak dan adik-adik aku sorang-sorang dengan gaya menganjeng (^_^)... arghhh!!

lepas muhasabah diri jap, baru perasan salah aku.. berbuka makan tak hengat dunia, bersahur baham nasik lagi.. pernah sekali tu menu berbuka aku nasi lemak + laksam + roti john + ayam golek (kongsi dengan budak rumah)+ air tebu.. mak aihh, mengah aku habiskan semua.. nak buat macam mana kat bazaar semua nampak sedap!

tapi aku cuba jugak kurangkan perbelanjaan masa berbuka dengan hanya beli nasi lemak (mesti beli) + cucur udang (rm4 sekali beli, jimat apanya!)... masa bersahur paling teruk pun nasi bujang.. nasi jugak!

punca perut buncit bagi aku adalah kerana makanan masa berbuka tak hadam lagi dah masukkan makanan bersahur.. tido banyak... exercise, futsal semua dah kurang sempena bulan mulia nih.. durh~


Moral Of The Story - salah diri sendiri, jangan salahkan bazaar!

Friday, August 27, 2010

Roller Coaster

hari tu masa pergi bersuka-ria menghilangkan duka di sunway lagoon bersama rakan-rakan, hampir semua permainan aku main.. satu je aku tak dapat main, roller coaster!!!!!

aha, ni roller coaster (bongok jay, macam lah orang lain tak tahu!)

aku tak pernah main roller coaster.. rugi kan hidup camni? haha! (kumpul ilmu agama lagi penting la jay!).... jadi, bila pergi sunway lagoon, aku nak main lah.. sebelum pergi tempat roller coaster tu semua permainan kat amusement park aku main kecuali pirate ship.. yela, masa tu jantung aku dah tak tahan dengan kejutan dah rasanya.. haha.. memang simpan nyawa-nyawa ikan untuk kejutan roller coaster je.. last sekali, masa tengah beratur panjang kat roller coaster tuh, hujan turun renyai-renyai.. automatik penjaga kat situ beritahu roller coaster ditutup! aku melepas dan mengidam pada saat itu jugak... T_T

tapi kan, aku ada pengalaman macam naik roller coaster gak.. (koya, padahal tak pernah rasa naik roller coaster).. haaa, ni aku rasa masa nak balik kelantan hujung minggu baru ni..

pengangkutan wajib aku adalah bas ekspress... masa lalu dekat area Bukit Tujuh (area paling famous dengan bukit+gaung kalau perjalanan KL-Kelantan) aku tersedar dari tido.. selalunya aku tido sampai Kelantan.. hahaha..:P

nak dijadikan cerita, masa bas tengah turun bukit yang curam dan belok ke kanan, pemandu bas tak tekan brake!!!!! berderau darah aku.. sejuk badan-badan... kepala hotak dia, aku dah menyumpah-nyumpah dalam hati.. dah terbayang-bayang dalam kepala yang bas aku naiki ni berguling-guling kat gaung macam pasangan dalam cerita hindustan.. bukan sekali, tiap kali jalan turun bukit, tak brake! brake rosak ke apa bang? eh, kalau korang ingat aku ni penakut je lebih, sila naik bas dari KL ke Kelantan, ambik trip malam dan jangan tido.. tengoklah korang boleh tahan sampai tahap mana..

memang tak hairan banyak kejadian accident bas ekspress waktu malam.. sebab jalan kosong, sedaplah dorang bawak laju.. bas yang aku naik tu pun maybe bukan bas dua tingkat, tu yang berani laju tuh.. kalau bas dua tingkat memang slow je dorang bawak (slow tu pun laju gak!)

ramai orang mengelak dari naik bas ekspress waktu malam sebab takut accident.. tapi bagi aku kalau dah ajal, jalan kaki pun takde beza.. kalau boleh para pemandu bas ekspress consider la penumpang yang agak penakut macam aku nih.. sebab macam mana pun kitorang tetap naik bas ekspress jugak nak balik ke kampung..T_T

walaupun lalu kat Bukit Tujuh tu dah macam roller coaster, aku tetap nak naik roller coaster gak nanti!

roller coaster kat Jepun ni macam stail gak.. menarik untuk dicuba!


Moral Of The Story - cuba semua benda yang elok



Monday, August 23, 2010

In Memory, Abah : Part 5

hujung minggu baru ni aku balik kelantan.. tujuannya nak berbuka puasa dengan masakan mama la semestinya.. hehehe... baru kick beb.. yela.. lagi pun raya nanti aku balik 2 hari nak raya.. feel dah nak raya.. mana best dowh..

bulan puasa @ ramadhan memang banyak meninggalkan kenangan dengan Abah... bermula dengan bersahur, tempoh berpuasa, berbuka dan terawikh, memang ada kenangan Abah..

Bersahur,
selalunya tiap-tiap pagi memang Abah kejut sahur.. nak harap bangun sendiri, haram... tido sesuka hati je..
sebelum Abah kejut, Mama akan kejut dulu.. macam biasa la Mama tak nak bagi Abah marah-marah di pagi yang hening.. selalunya Mama kejut sambil cuit-cuit tapak kaki memang akan menyedarkan kami adik beradik.. tapi kitorang susah nak bangun, bengang satu hal sebab Mama geletek-geletek camtuh.. haha..
tapi kalau dengar suara Abah kejut, "jen, bangun jen" camtuh je automatik aku bangun.. suara je.. tak de cuit-cuit.. kalau tengah mimpi roh aku merayau-rayau sampai Amerika pun pecut balik kelam kabut masuk badan bila terdengar suara Abah.. aura katakan..

Tempoh Berpuasa,
Abah selalu keluar rumah.. berjalan-jalan sana-sini nak habiskan masa.. hobi Abah pun adalah memandu... tapi, dia berjalan sorang-sorang.. tak ajak,T_T... Abah memang tak nampak sangat letih dia puasa.. tapi dalam sehari tu mesti dia ada tido petang.. kalau kitorang adik beradik dan Mama tido dia marah lak.. "nok jadi gapo gak tido pah ceroh.. tok kejut tok bangun.. perajo ko tido tuh".. Abah ni kelakar lah!

Berbuka,
selalunya pukul 6 tu semua orang dalam rumah dah senyap dan bersedia tunggu waktu berbuka.. pukul 6 ok? bukan pukul 6.30 or pukul 7... Abah memang akan marah siapa-siapa yang still bergalok or bising-bising waktu tuh... maybe Abah dah lapar kot.. hehe...
Abah pun memang suruh Mama masak pukul 5 lagi.. kalau pukul 6 Mama tak setel lagi dengan lauk-lauk semua, Abah akan start membebel.. Mama la orang paling kalut masa tuh..
Abah lak jenis kena ada lauk gulai setiap kali dia makan... gulai telur pun dia tak kisah asalkan gulai... satu lagi makanan peberet Abah tiap kali berbuka ialah jemput-jemput buah kurma.. susah nak tengok takde menu tu..

Terawikh,
masa kecik-kecik dulu Abah selalu bawak aku pergi masjid masa terawikh.. Abah ajar aku duduk dalam saf depan-depan, sebelah dia, sekali dengan orang-orang tua.. katanya lebih khusyuk.. kalau aku duduk sekali dengan budak-budak lain confirm aku ajak borak nye.. haha..
kadang-kadang kalau Abah tak larat nak pergi masjid dia ajak terawikh kat rumah je.. dia la imam+bilal.. aku tolong iqamat je... bacaan bilal masa terawikh tu Abah jugak yang baca.. sampai aku dah hafal dah bacaan tuh..
bila dah besar nih, aku jarang ada kat rumah masa puasa.. yela, cuti kolej pun berapa hari sangat.. jauh dari kampung semangat nak terawikh tu kurang sikit... selalu ponteng.. bila balik rumah dekat-dekat nak raya, kemalasan tu berterusan.. Abah memang dah tak ajak pergi masjid, dah besar katanya, pandai-pandai la fikir... bila Abah dah balik dan tengok aku tak pergi macam biasa dia berbunyi lah, "nok jadi gapo terawikh tok gi.. bendo buleh pahalo besar free-free pun tokse amik peluang lagi"... (=.=")


sepanjang 3 hari balik kampung baru ni, kehilangan Abah sangat terasa..
takde suara tegas Abah untuk kejut sahur...
takde suara Abah nak membebel kalau tido sampai petang pun...
takde kalut-kalut pukul 6 petang tu nak siapkan juadah elak Abah marah; baru ni orang dah azan maghrib aku rilek lagi duk potong bawang...
yang paling ketara, ketiadaan Abah di meja makan paling dirasai... selalu situ lah tempat dia bagi ceramah untuk kami adik beradik..

kami sangat merindui Abah, terutama sekali Mama.. happy aku tengok Mama 2 hari lepas sebab dia dapat mimpi jumpa Abah.. duk ulang-ulang cerita benda yang sama... :')

tak sangka ramadhan tahun lepas ramadhan yang terakhir untuk Abah... Abah tak pernah tinggal puasa, tak pernah tinggal terawikh, siap jadi imam + bilal lagi dekat surau..

semoga roh Abah dicucuri rahmat Allah s.wt.. al-fatihah~


*al-fatihah juga untuk famili member aku, kak zira (noor azira abdullah) kerana kehilangan bapa tersayang semalam.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...


Moral Of The Story - ibubapa tiada galang ganti



Friday, August 20, 2010

Kentut Kuat?


(click gambar untuk view yang lebih besar)


hahahaaahaaahahaahaa!!

lama gak aku gelak tengok gambar nih!




Moral Of The Story - semua orang kentut


Wednesday, August 18, 2010

Mekap Tebal

wooopp!! sori dah lama tak update blog.. mesti korang bengang tengok entry yang lama and sama je kan? (bajet hot, padahal follower nasib baik je sampai 100 orang tuh.. hahaha!)

tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik terserempak dengan perempuan yang bermekap tebal... (belum apa-apa terus dah masuk isi penting?)

aha.. nak mengomen sikit pasal mekap-mekap tebal ni..

ye, lumrah perempuan bermekap..
iyelah, nak nampak cantik dan menarik di depan orang ramai..
kalau mekap biasa-biasa tu boleh la terima.. ni sampai dah lain dari muka sendiri apekehal nye yop?

mostly lelaki tak suka perempuan yg suka mekap tebal-tebal nih.. kitorang lagi senang tengok muka yang neutral.. macam lega je bila tengok..
mekap pun boleh kalau nak tutup aib pada muka macam parut ke apa tapi tak perlu lah tebal ye tak?

bermekap tak salah tapi janganlah sampai melampau.. sampai buat orang nak tengok pun TAKUT...
tak berat ke muka eh sebab kitorang (lelaki) tengok dah macam kena tampal dengan apa dah muka..

tak perasan ke kalau dah mekap tebal sangat nanti nampak macam ni ha..

caakkk!!


p/s: ada gak lelaki yang jenis nak mekap-mekap tu pun satu hal jugak! adeh~

mekap = make up *malas nak eja kut english


Moral Of The Story - Islam hanya membenarkan perhiasan seseorang wanita untuk tatapan suaminya sahaja



Friday, August 13, 2010

Kelebihan Solat Terawikh

ah ha...

sepanjang bulan ramadhan, ada satu lagi ibadah yang mengiringi ibadat puasa iaitu solat terawikh.. ramai yang ikut pergi masjid sembahyang, ramai yang tahu tiap-tiap malam ada fadhilat dia.. tapi tak ramai yang ingat betul-betul keistimewaan malam-malam solat terawikh.. meh aku ingatkan meh.. huhu!


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


p/s - tapi kenapa awal-awal bulan puasa je ramai yang pergi terawikh?


Moral Of The Story - rebutlah peluang yang ada


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails