Wednesday, July 20, 2011

Dulu.......... (Part 1)

kisah masa kecik-kecik dulu.. sekitar zaman sekolah rendah...


1. dulu... takut tengok cerita pendekar bujang lapok yang part hantu jepun tuh.. siap termimpi-mimpi kena kejar.. setiap kali kalau tengok sampai part ni, memang tutup muka dengan bantal.. gila ngeri diorang keluar dari kubur dengan tangan beralun-alun lambai.. haha!




2. dulu... kalau main buaian, suka main guna perut.. ala-ala superman kononnya.. ada yang tak faham? main buaian macam biasa yang bezanya orang letak bontot, aku letak perut.. confirm ramai pernah buatnya..





3. dulu... pernah kumpul banyak-banyak kad power rangers, flashman, maskman.. ada yang dapat bila menang main tepuk kad pun ada.. ala, main yang tepuk sampai kad tu terbalik tuh.. kad mana yang terbalik tuh, kita dapat.. haihh, kecik-kecik dah ada unsur judi..




4. dulu.. juara main tudung botol.. sampai member-member fed up nak main dengan aku.. yela, main sampai 1000 mata pun tak mati-mati lagi.. (berlagaklah kau!).. haha! sori geng!





5. dulu... suka main tepuk batang aiskrim.. taktik nak senang menang, hiris batang aiskrim ke tahap paling nipis.. ringan, senang melambung bila tepuk.. batang aiskrim macam dalam gambar bawah ni la.. tapi yang ni belum dihiris-hiris, didesignkan dengan lukis corak lagi kat batang tuh..





6. dulu... suka main lawan pemadam.. pemadam idaman adalah yang ada gambar negara-negara.. selalu guna pemadam yang ada gambar negara brazil, sebab masa tu brazil kuasa bolasepak teragung! siapa yang guna pemadam staedler tu memang macam sial lah.. haha!


tengok! tebal gila.. susah la nak tindih., tapi boleh je menang, susah sikit la.. sumber gambar



7. dulu.. tengok brader-brader yang dah habis sekolah main bola, nampak diorang dah tua gila.. aku dah 25 tahun kenapa tak rasa tua ni? tak sedar diri?


kenapa aku guna gambar khairul fahmi che mat? sumber gambar



8. dulu.. bawak semua buku pergi sekolah tanpa tengok jadual.. beg berat pun tak kisah.. katanya senang tiada masalah buku tertinggal.. dah naik sekolah menengah baru reti pilih buku ikut jadual.. yela, zaman sekolah menengah, siapa bawak beg paling kecik dia lah yang paling style!





9. dulu.. sebelum balik sekolah semua salam cium tangan cikgu (perempuan).. naik sekolah menengah takde pun acara ni.. kenapa eh?






kenapa tak cukupkan 10? kalau ni Part 1 mesti ada yang Part 2 kan? hehe..!

Sunday, July 17, 2011

HER

i miss her very very very much... badly.......!



why didn't i get this feeling before?


..............

Sunday, May 22, 2011

Tamak Selalu Rugi

suatu malam yang hening... ketika musim nyamuk membiak

nyamuk memang banyak.. tepuk seekor, seekor lagi datang.. marah memang marah.. tapi dah memang nyamuk makan darah, apa nak buat? mencarut jela dalam hati.. haha

tiba-tiba, isi perut bergelojak.. punggung terkemut-kemut menahan bahan kumuh dari keluar sewenang-wenangnya.. lalu aku berjalan laju menuju jamban rumahku.. seperti yang diketahui, nyamuk sangat banyak.. dalam mencangkung itu,sekali teran je selepas itu tumpuan aku terganggu.. lebih ke arah nyamuk..

nyamuk-nyamuk hinggap di pergelangan kaki, betis, paha dan %^$&##*^$ aku.. ingin je aku tepuk sekuat hati sekor-sekor nyamuk.. tapi, kalau aku tepuk paha aku, tumpuan aku untuk @#^#@&* akan terus hilang.. jadi aku mengambil keputusan untuk meniup sahaja.. ya, tiup sahaja nyamuk-nyamuk itu..

hinggap di paha, aku tiup.. mereka terbang dan datang yang lain hinggap di pergelangan kaki, aku tiup lagi.. begitulah seterusnya.. nyamuk-nyamuk hanya sempat menjamah darah manisku sedikit seorang eh seekor..

datang seekor nyamuk yang kelihatan amat berani, nyamuk jantan kot.. hinggap di pergelangan kaki.. aku masih mencangkung.. aku tiup, dia tak terbang pergi.. aku tiup kuat lagi, still melekat.. tiup makin kuat, masih sedap dia menghirup darahku..

PAAPPPPP!!

aku tepuk dengan kuat sebagai pelepas geram.. tersembur-sembur darah keluar dari perutnya (padahal darah aku jugak).. kemudian, melihatkan keadaan itu otak lembabku berfikir.. mati dah nyamuk ni, kalau nyamuk ni gigit sedikit demi sedikit mungkin dia masih hidup.. dia tamak punya pasal kasihan kena tepuk dengan aku..

ya, dalam dunia manusia juga sering disebut orang yang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang.. kesimpulannya, sebenarnya kejadian alam juga banyak mengajar kita mempelajari erti hidup, perhatikanlah..

ini hanya salah satu contoh..

*tahniah untuk aku akhirnya berjaya mencapai 100 entry setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia blogger.. 2 tahun 100 entry? jadilah tu.. aku bukan penulis yang tegar pun.. bangga! :D


Moral Of The Story - bawa ubat nyamuk kalau ber*k tengah malam

Wednesday, April 6, 2011

In A Memory, Abah : Part 6

setahun sudah Abah pergi menghadap Ilahi... terasa seperti sejam yang lepas aku menguruskan jenazahnya..

sudah lama aku tak menulis cerita pasal Abah.. mengelakkan kesedihan, menafikan perasaan sendiri, berlagak kuat antara faktor untuk tidak menulis.. sekarang dah setahun, aku terasa terpanggil.. sekurang-kurangnya bila aku tua esok-esok aku boleh baca balik apa yang aku tulis ni, dengan itu ingatan aku terhadap Abah takkan luput dimamah usia..

ini adalah antara ayat-ayat Abah yang aku gemari sepanjang Abah masih bersama kami


1. "hok besar tok buleh pukul hok kecik!"
ajaran Abah yang paling aku minat dalam membesarkan kami adik-beradik.. yang besar tak boleh pukul yang kecil.. maksudnya, dalam adik-beradik aku, siapa-siapa tak boleh pukul yang lebih muda dari diri sendiri.. kalau pukul, Abah akan pukul yang lebih tua even yang muda buat salah.. aku selalu kena, sebabnya aku anak lelaki tunggal.. kalau berebut something, confirm lah aku guna kekerasan.. bila aku pukul, adik aku nangis then Abah datang pukul aku.. kadang-kadang adik-adik aku (lebih-lebih lagi kacik) saja buat aku marah sebab tahu aku tak boleh pukul dia!! aku memang tak setuju dengan Abah dalam hal ni pada mulanya.. bila dah besar panjang, baru faham kenapa Abah buat macam tu.. mendidik diri untuk tidak menganiayai adik-adik... kadang-kadang masa Abah takde kat rumah, pergi kerja ke, aku balun je adik-adik aku.. hahaahahaha!!


2. "tok gerok tok bangung!"
selalunya Abah akan sebut ayat ni setiap pagi... yelah, adik-beradik aku memang liat nak bangun pagi.. kalau mama kejut, confirm makin malas nak bangun.. tu yang Abah bengang.. selagi tak kejut, tak bangun... aku dulu tak setuju jugaklah dengan Abah.. yela, dah tak kejut, memanglah tak bangun!! tapi dulu setiap kali Abah sebut ayat nih, kami adik-beradik automatik bangun kemas-kemas tempat tidur even mata still tak boleh celik lagi.. sebabnya ayat ni kadang-kadang masuk dalam mimpi.. nak tunjuk nya takut ke Abah.. hahaha.. sekarang dah faham, Abah mahukan anak-anak dia boleh bangun sendiri tanpa dikejut...


3. "sempokoh!", "poha'k eh!"
ayat-ayat ni selalu keluar dari mulut Abah kalau dia annoying tentang sesuatu... aku tak tahulah ayat ni ada dalam loghat kelantan ke tak.. sebabnya aku tak pernah dengar member-member kelantan aku sebut tapi Abah selalu sebut... bila tanya Abah "sempokoh" tu apa, Abah jawab "tahu tak binatang yang jalan lembab, tak boleh fikir diri sendiri, sempokoh la tuh" aku, "haaa?" tak faham then biarkan je.. sama jugak dengan "poha'k".. yang penting, aku tahu bila Abah sebut ayat-ayat nih, memang dia menyampah gila-gila la tu...


4. "mentaliti kelas ketiga"
ayat ni Abah selalu sebut dalam ceramah beliau di meja makan, semasa dipicit belakangnya, dan di depan tv semasa menonton drama melayu... "tu mentaliti kelas ketiga la tu" kata Abah bila menonton drama melayu yang mengandungi elemen hasad dengki, takbur, derhaka dll... "Abah tak nak anak-anak Abah duduk dalam lingkungan mentaliti kelas ketiga, biar mentaliti kita di kelas pertama" ceramah di meja makan... Abah nak anak-anak dia mempunyai pemikiran yang tidak menghancurkan orang lain untuk mara ke hadapan, mahu anak-anak dia matang dalam membuat segala keputusan, matang dalam mengekspresikan emosi.... tapi, kenapa "mentaliti kelas ketiga" bah? kenapa bukan keempat, kelima, kesepuluh? sampai sekarang aku terfikir.. ahaha!


5. "uuweik-uuweik", "papa embam", "dampai-dampai"
ayat-ayat ni Abah selalu sebut bila kami sekeluarga di dalam kereta.. "uuweik-uuweik" Abah sebut bila kereta melintasi bonggol jalan perlahan-lahan, "papa embam" Abah sebut ketika ternampak kapal terbang di langit, "dampai-dampai" Abah sebut bila dah sampai rumah... sebenarnya, semua ayat ni berasal dari aku.. aku yang start sebut masa aku kecil dan tengah pelat-pelat lagi.. tapi Abah yang selalu ulang... bila Abah sebut, aku hanya mampu tersenyum dan tergelak kecil.. tapi dalam hati aku sangat gembira sebab Abah mengingatkan aku yang aku mempunyai masa manja dengannya....


6. "abah ni abah kan"
ayat ni paling susah nak bangkang... memang kenyataan Abah tu Abah.. Abah selalu ajar anak-anak dia basuh pinggan sendiri lepas makan.. tapi Abah tak basuh pinggan dia pulak.. aku pernah bising sekali cakap "Abah tak basuh pinggan boleh pulak" then, jawapan Abah sangat simple, "Abah ni abah kan?"... aku senyap, tak boleh lawan!!! dan jugak bila aku takde duit sangat-sangat then tak mintak dekat Abah, Abah memang marah.. aku tak mintak sebab aku tahu abah bukannya banyak duit.. kami sekeluarga hidup cukup-cukup makan je tapi alhamdulillah bahagia... "kenapa tak mintak dengan Abah? walaupun Abah takde duit, Abah ni kan abah.. tahulah Abah nak cari kat mana"....... Abah, you're such a great Abah!


inilah antara ayat-ayat Abah yang masih terngiang-ngiang dekat telinga aku.. ada banyak lagi, tapi inilah yang favourite aku... bila rindu Abah, ingat balik pasal ayat-ayat ni, aku happy.. sangat happy.. aku bersyukur ya Allah kerana memberi aku kesempatan mengenal hati budi seorang insan bernama Wan Ismail Wan Yusoff....:')

semalam, 6hb April 2011, genap setahun Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga.. semoga roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman di sisiNya...

Al-Fatihah~


Moral Of The Story - kenangan adalah sesuatu yang indah





Thursday, March 10, 2011

Saya Suka Syair

darjah 4 ke 5 macam tu lah.. tak berapa ingat
sekolah kebangsaan sungai karang

selain matematik, mata pelajaran yang aku suka adalah bahasa melayu..
kenapa? sebab senang nak jawab.. tak macam bahasa inggeris..
lagi pulak bahasa melayu ada peribahasa, simpulan bahasa, penanda wacana yang indah-indah..
owh, zaman sekolah~

waktu yang paling aku suka adalah ketika cikgu mengajar tentang syair.. sebelum-sebelum ni aku selalu tengok dekat tv, rancangan kanak-kanak bersyair, kakak aku bersyair dalam bilik, mudah.. tampak mudah....
sebelum cikgu memberi maksud sebenar mengenai syair tersebut, cikgu pun mintaklah volunteer untuk mendeklamasikan syair (eh, deklamasi ke?) kat depan.. aku bingkas bangun membawa buku teks lalu menuju ke depan kelas.. *pergh, dulu aku berani sial.. hahaha!

"ok faizin, sila lah bersyair".. aku pun bersyair dengan penuh perasaan.. dari satu rangkap ke satu rangkap aku susun nada dengan mendayu-dayu.. cukup indah bagiku, terasa seperti di awang-awangan..

selesai je, "terima kasih faizin, ok seorang lagi cuba".. member aku seorang lagi mencuba nasib.. namanya nazirulhaq... selesai sahaja, "bagus nazirul, indah sekali syair awak"....

pergh!!!! aku ni cikgu tak puji pun!!!!! patutlah sekarang aku dah tak berani menvolunteerkan diri dalam apa-apa bidang~!


kemudian, baru ku sedar, aku kekurangan anugerah Tuhan dari segi keLUNAKan suara....

*credit to citahrudin kerana mengingatkan zaman persekolahan~


Moral Of The Story - syukuri nikmat Allah..

Monday, February 7, 2011

It's A Match Made By God

status penganggur, memang sinonim dengan duduk di rumah.. jadi, banyaklah masa untuk menonton movie..

ha, tajuk post ni adalah tajuk salah satu movie yang aku tengok baru-baru ni (tengok untuk kali kedua).. hehe.. macam biasa.. hehe.. cerita hindustan.. heheheehehe!

It's A Match Made By God atau dalam hindinya, Rab Ne Bana Di Jodi.. lakonan shah rukh khan dan anushka sharma.. lama tak tengok cerita baru yang srk ni berlakon..

cerita ni pasal dua orang asing yang tak kenal satu sama lain tapi terpaksa berkahwin disebabkan situasi.. jadi, tiada perasaan CINTA (euww).. watak utama ialah surinder singh (srk) adalah seorang lelaki biasa dengan kerja biasa dan penampilan terlalu biasa (gaya lelaki sivik)... heroin pula taani (anushka sharma) digambarkan tersangat ayu yang akan membuatkan semua lelaki yang menonton jatuh cinta.. (aku salah seorang) hahaha!

bayangkan hidup berdua dengan orang yang tidak dikenali tanpa rasa cinta.. tidur berasingan.. kasihan si isteri, dah la dapat suami jenis slow, tak menarik.. sedangkan si isteri seorang rupawan dan periang sebelum berkahwin.. macam mana suami dia yang slow tu nak terbitkan rasa CINTA itu..

perempuan ni digambarkan dengan sungguh ayu..


suami-isteri yang tak kenal hati budi

eh, tadi sivik.. ni siapa pulak?


cerita ini sungguh indah.. bukan seperti cerita hindustan yang lazim.. tiada unsur-unsur lucah..


ok dah.. malas cerita, nak tahu sila download dan tengok.. datang copy dengan aku pun takpe.. kalau tak nak membazir DVD Player kat rumah, belilah DVD dia.. haha!

lepas tengok cerita ni baru aku faham kenapa sekarang ramai awek hot tapi balak diorang lelaki sivik.. *terpengaruh dengan cerita


Moral Of The Story - Match Made by Allah

Wednesday, February 2, 2011

Mengorat!

Selepas menyelam, menggelongsor dan melukakan kaki di Jeram Pasu, kami sekeluarga singgah di sebuah kedai nasi ayam di Pasir Puteh..

Apa lagi, aku pun bedal la nasi ayam dengan milo ais! Sup dia sedap, nak-nak pulak aku dapat bahagian paha.. memang puas aku makan! aku suka ‘paha’.. kahkah!

Sesudah makan, kami pun beransurlah menuju ke kereta..

Tiba-tiba,

“Adik! Adik!” makcik yang jual nasi ayam tu panggil aku sambil melambai-lambai..

Aku berjalan menuju ke arahnya.. kelihatan dia sedang memotong daun salad menggunakan pisau besar, mahu aku menolongnya memotong barangkali..

“ni ha, ado ore buwi nombo telipon ko awok” seraya makcik tu menghulur tisu..

Erk! Orang bagi nombor telefon dekat aku?

“dio minak ko awok tuh” sambung makcik tu lagi..


terpaksa sensored nombor dia.. nanti korang adjust dia pulak! jeleslah aku! hahaahaha!


Aku terkedu, first time jadi macam nih.. perempuan bagi nombor telefon dia kat aku guna TISU.. memang betul-betul handsome rupanya aku! Kahkahkah!!

Teringat pulak iklan AXE kat tv.. tapi aku pakai NIVEA je!


siapa lagi nak nombor telefon aku hah?


p/s: efy, saya penganggur dan tiada kredit.. sori.. ahahaahhaha!


Moral Of The Story – mintak lah depan-depan!


Thursday, January 20, 2011

Ringtone

Pada suatu petang,

Dalam perjalanan ke KL Sentral menemani bos (member aku) mengusha-usha tempat shooting untuk final year project nya..

Macam biasa, aku bermain message dengan teman tapi mesra.. tiada awek, teman tapi mesra sahajalah yang sanggup menemani seorang bujang yang agak kacak ini..

Masuk ke dalam lrt star, aku meneruskan permesejan aku.. kerap kali lagu My Love dendangan Justin Timberlake berkumandang.. iyelah, aku buat jadi message tone.. penumpang-penumpang train pun kadang-kadang tertoleh ke arah aku setiap kali message aku masuk.. terganggu agaknya, handset aku suka hati lah!

Sampai di satu stesen, seorang lelaki cina berbadan tough tangan berketul-ketul masuk dan duduk di depan aku.. bestnya la kalau badan aku macam tu, detikku di dalam hati..

Message aku masuk lagi, lelaki cina itu menoleh.. sedikit segan aku kerana mungkin baginya lagu justin timberlake ni lagu gadis-gadis kot.. lantas aku mensilentkan handset aku..

Tetiba,

“kekasih, tulis namaku.. di dalam diari hatiku” (ringtone lagu siti nurhaliza)

Lelaki cina di depan aku seraya menjawab panggilan telefonnya..

Mak aihh!!! Dia lagi jiwang dari aku!!!!! Sia-sia aku malu kat dia!

Moral Of The Story – sokonglah muzik tempatan


Monday, January 17, 2011

Melepaskan Kerinduan (18SX)

Pelaku = Si A dan Si B


Tatkala si B masuk ke rumah,

Si A tersenyum penuh bererti..


Tatkala si B melabuhkan punggung di sebelah si A,

Si A segan-segan malu..


Tatkala si B membaringkan badan di atas tilam,

Si A bersedia memulakan ‘operasi’nya..


Si A mula memikat melalui senyuman

Si A cuba bermain cikuu cak, si B gembira

Si A mula bertindak ganas

Si A mengalihkan tangan si B yang pada awalnya berada di atas dadanya

Si A memegang perut si B, naik ke dada

Si A kemudian membelakangkan badan si B

Si A mencakar belakang badan si B

Si A menindih si B

Si A sedikit melompat ke atas si B

Si A memijak-mijak belakang si B

Setelah hampir sejam melakukan benda yang sama, si A tersenyum puas


percaya tak kalau aku cakap si A adalah yang berbaju biru itu? dan si B adalah yang berbaju pink itu?? sila lah percaya.. itu adalah kebenaran..


p/s: aku comel sangat kot sampai anak buah aku ni geram gila-gila kat aku.. hehe


Moral Of The Story – rindu harus dilempiaskan


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails