Friday, September 3, 2010

Hitam

kami mempunyai gelaran masing-masing..

jai - orang tua
am - orang tua
caki - budak obses+budak dibenci+budak taman (tapi jarang guna)
cacat - cacat
aku - hitam


hitam.. yea hitam...

member-member rapat aku selalu gelar aku hitam
tak cukup dengan tuh, dorang kadang-kadang panggil aku macha~

semua yang berkaitan dengan hitam, legam, gelap, samar-samar, memang ditujukan khas untuk aku..
kenapa? kerana di kalangan kami memang aku la gelap sikit.. sebenarnya gelap sikit je pun..


***
malam baru-baru ni, aku bersama jai dan caki lepak-lepak kedai makan.. jai dan caki baham roti pisang... sedap kata mereka.. aku tak.. jimat duit untuk mengecilkan perut..

habis makan, pergi bayar.. aku dan jai bayar dulu, kemudian caki...

tiba-tiba jai nak beli milo ais bungkus.. kami tinggalkan caki berseorangan di kaunter bayaran.. jai order milo ais dia tu sementara aku duduk dekat kerusi berhampiran...

aku tengok caki berjalan laju melintasi aku menuju ke arah motorsikal LC nya itu.. sampai situ, muka dia gelabah-gelabah alang mencari kelibat aku dan jai (dia tak tau kitorang tengah beli air bungkus)... jai dan aku gelak-gelak tengok caki.. muka dia masa gelabah memang kelakar...

selesai dibungkus, aku dan jai berjalan ke arah caki sambil gelak-gelak...

entah kenapa mulut aku gatal sangat.... "selamba je mu jalan gi kat motor, tak nampak aku duduk kat kerusi depan mu tadi?"

!!!!!!!




*korang bayang la dorang gelak macam mana~


Moral Of The Story - hitam itu menawan


11 comments:

makwe joni said...

ni kira nk srh gelak ke nih?

Mcjust said...

maksudnya mg ni memang hitam sebab tu caki xnampak.. hahahah

efa fairuz said...

aa? ayat tergantung ke? apakah cerita kesudahan selepas ayat ini?

"entah kenapa mulut aku gatal sangat.... "selamba je mu jalan gi kat motor, tak nampak aku duduk kat kerusi depan mu tadi?"

!!!!!!!"

maknenye budak2 tu tak jawab mu hitam, tapi terus membahan secara gelak berjemaah ke? aa mak kompius neh nyah..

zul said...

jay!!!slemat hari raya..minta dimaaf tutur bahasa..hahaha

Pencacai Alim said...

itam legam itu anugerah tuhan..kajian mat saleh, org yg kulit gelap mcm mung ni, nafsu seks kuat..hakhakhak

Jay said...

tah: gelak lah.. pleaseeee!!!

ejah: itulah.. paham rupanya.. hoho!

kakak: aha.. kena berfikir secara kritis dan kreatif.. ngeh2..:P

zul: siot.. bukannya nak komen entry aku nih!

jeni: betul lah.. tak salah tuh.. memang nafsu seks aku kuat.. wahahahaha!

Haa Fakihah said...

ahahahaha. kn bes kalu aku ade ctu.

Jay said...

natang ape!

Apai said...

skali wa tringat kt lagu 10 budak itam..haha..r u 1 of them Jay?hahaahh

farwalis said...

nak buat macam mana, dah cari, tak jumpa.......

Jay said...

sopi: hahahaahahaaahhaa!! kasar tuh!

caki: ah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails