sekolah kebangsaan sungai karang
selain matematik, mata pelajaran yang aku suka adalah bahasa melayu..
kenapa? sebab senang nak jawab.. tak macam bahasa inggeris..
lagi pulak bahasa melayu ada peribahasa, simpulan bahasa, penanda wacana yang indah-indah..
owh, zaman sekolah~
waktu yang paling aku suka adalah ketika cikgu mengajar tentang syair.. sebelum-sebelum ni aku selalu tengok dekat tv, rancangan kanak-kanak bersyair, kakak aku bersyair dalam bilik, mudah.. tampak mudah....
sebelum cikgu memberi maksud sebenar mengenai syair tersebut, cikgu pun mintaklah volunteer untuk mendeklamasikan syair (eh, deklamasi ke?) kat depan.. aku bingkas bangun membawa buku teks lalu menuju ke depan kelas.. *pergh, dulu aku berani sial.. hahaha!
"ok faizin, sila lah bersyair".. aku pun bersyair dengan penuh perasaan.. dari satu rangkap ke satu rangkap aku susun nada dengan mendayu-dayu.. cukup indah bagiku, terasa seperti di awang-awangan..
selesai je, "terima kasih faizin, ok seorang lagi cuba".. member aku seorang lagi mencuba nasib.. namanya nazirulhaq... selesai sahaja, "bagus nazirul, indah sekali syair awak"....
pergh!!!! aku ni cikgu tak puji pun!!!!! patutlah sekarang aku dah tak berani menvolunteerkan diri dalam apa-apa bidang~!
kemudian, baru ku sedar, aku kekurangan anugerah Tuhan dari segi keLUNAKan suara....
*credit to citahrudin kerana mengingatkan zaman persekolahan~
Moral Of The Story - syukuri nikmat Allah..
10 comments:
kredit mana? kredit!
hahahaa.. lupa! kejap edit!!
kihkihkih..ade jugak mu sebut psl aku bersyair dalam bilik.. hahaha.. :p
sebenarnya, tak nak sebut.. tapi sebab nak memenuhkan ruangan.. hahaha!
aku pung dulu pernah bersyair. dpn perhimpunan. gulp!
tajuk Singapura dilanggar todak. sampai skrg igt lg.
Mu nk dengar? kita lawan :)
tak nak lawan.. aku dah tak yakin dengan diri sendiri.. semua salah cikgu.. haahaahaha!!
err, kalau dah depan perhimpunan kira sedap lah ni yek?
bukan kau kata, suara macam anuar zain? hi hi hi
tlg tidak. aku dipaksa ketika itu. ikut giliran. seminggu xtdo, prepare..
hahaha
Oh! i miss my childhood :)
SK SG KARANG....dekat je dgn umah aku tu...hee~~
Part nie aku jd semakin ssh nk tdo..besok aku kne bgn awal la wei
Post a Comment