tak tahu lah kenapa, sekarang malas betul nak menaip~
perkara: pertama kali nak makan sushi (ek eleh, orang lain lama dah makan woi!)
tempat: sushi king, berjaya times square
pergi dengan siapa?: dengan dua orang member perempuan (hehehe)
aku diperkenalkan terus dengan wasabi... dua orang member perempuan aku ni cakap wasabi tu pedas, macam belacan..
owh, aku suka pedas.. setakat belacan tak jadi hal.. eh, kata malas taip, biarlah gambar berbicara!
aha, mula-mula pegang chopstik.. aku cepat belajar tau! dah pro dah cara pegang tuh
ambil seketul, cicah sos dia yang dah dicampur wasabi sebanyak mungkin.. yela, dah kata macam belacan.. tengoklah betapa happy muka aku tuh..
first time masuk mulut rilek je... sedap-sedap kunyah, tu dia! pedas dia macam asap menyelubungi kepala aku dari dalam mulut naik ke otak.. bergegar otak aku rasa..!
dua orang member perempuan aku sedap gelak terkekeh-kekeh.. siap ambil gambar candid aku nih! siot kenakan aku.. nasib baik perempuan, kalau laki................ (tunjuk berani dalam blog sendiri)
bagi yang belum pernah makan (ada ke yang belum rasa? mu sorang je jay!) wasabi adalah satu entertainment ketika makan sushi.. pedas dia macam nak terajang orang.. ok, aku jakun.. sekian~
Moral Of The Story - sebelum membuat apa-apa yang disyorkan rakan, perhatikan mata mereka!
12 comments:
tengok mata tu samada ikhlas ataupun licik.. hahahah
wasabi rasa dia mint gitu... ejah try sikit je.. hehe
sikit boleh la.. mint la mula-mula.. lepas tu pedas dia macam gas!
orang jepun pun makan pedas ke?
itu lakonan semata2..
wahahahahahhahahahahha..
nak ckp pedas sgt pun tak..die lebih kepada berangin yg kuar air mata.. takdela pedas kat lidah kan? tapi kuar air mate air hidung seme tu kan? huehehe.. aku suke wasabi, tapi sikit2 jela..mu tu gelojoh, baru 1st time try dah amek banyak.. haa rasakannn wahahahahhahahahha
muka cam gampang
wasabi gila, pedas.
lol...lawak la muka ko jay...huhu
ahahhaha nk gelak guling2 nih....
seri: pedas dia lain dari sambal-sambal yang ada kat malaysia ni.. pedas dia naik macam air gas bila kita sendawa~
jeni: betullah!
kakak: dah diorang kata macam belacan!!! muka serius lagi.. haha!
caki: dengki lah tu aku nampak ensem walaupun candid.. haha!
nil: kan? adoi perit~
shida: hahaha.. try la buat macam aku weh..:P
miss simple: haha.. gelak yea.. kena baru tahu.. haha!
nampak mcm berlakon jerrr
real la.. adoii
Post a Comment