Friday, May 22, 2009

10 perkara tak bermoral pernah aku buat masa kecik (masa lahir sampai darjah 6)

1. Kencing kat telinga abah. Siapa suruh abah tido bawah buaian!! (masa baby)

2. Malas gosok gigi. Gosok gigi depan je sebab bila sengih orang nampak gigi depan je.

3. Berak dalam seluar. Masa tu kat dalam kelas tak tahan sgt aku LEPAS je la. (darjah 1, S.K Klang Gate)

4. Nak main bola pagi-pagi tak mandi dulu (air liur basi penuh kat pipi). Akibatnya, teruk kena rotan dengan abah sampai serik nak main pagi2. Padan muka aku. Hahaha!!

5. (Bulan puasa) aku bagi cadangan kat poji (kawan aku) “Cuba main baling-baling bunga api lak, asyik baling mercun je.” lepas tu satu kebakaran yang agak besar berlaku kat kawasan rumah flat aku sampai 2 bijik lori bomba datang padam sebab poji baling bunga api kat semak samun!!! aku bersalah! (Flat Fasa 2, Gombak).

6. Berpakat dengan kacik (adik aku) sorok rotan abah belakang almari. Sia-sia je sebab esoknya abah beli rotan baru. Ceh!!

7. Tulis surat mencaci maki hamun budak jiran sebelah sebab curi pedang Thundercat aku. Beli lah sendiri!!

8. “Ah, tak kira ah, nk main gak!!!”kata aku kepada mama bila mama tak bagi aku main bola dalam hujan. Masa main tu terpijak paku, aku nangis je sebab aku dah try cabut tapi tak tercabut-cabut gak. Mama jugak yang tolong cabut. Sejak hari tu aku tak pernah lawan cakap mama dah.

9. Buat-buat tak bergerak masa tengah baring, kononnya dah mati la (nak tarik perhatian mama). Last-last letih je dapat sebab mama buat tak tau je. Hampeh!!

10. Terpegang dada budak perempuan masa main kejar-kejar dalam kelas. tak sengaja!! Sori yea Sharifah ****za. Hehehe. (darjah 6, S.K Sungai Karang).

ni antaranya la.... sebenarnye bukan 10 ni je, tapi nak listkan semua memang banyak page la kena guna... baidewei, aku rasa aku budak baik masa kecik, dengar cakap mak bapak, tapi orang cakap aku nakal... aku tak tau kenapa (poyo)... hahahahaha.... see ya!!

Moral Of The Story - perangai boleh diubah...:)


5 comments:

::~~ pAri~paRi ~~:: said...

wakakakaka..
kesengalan terserlah..
hahahah~~ jay senget....hik3...

JAY said...

hahaha.... senget kau kate aku?? haha..:P

ZiLa said...

hai..
nakal jugak awk ni mase kecik2 dlu..huhu..
biasa la tu kan..
harap2 dh besar ni xde la nakal lg..

::~~ pAri~paRi ~~:: said...

dia mmg nakal.. dr lam perut.. naik skola tadika..smpi skola rendah..hingga sekarang..
die meme nakal... :D

mcjust.lol said...

mg nak undian percuma ke ni din?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails