Wednesday, June 2, 2010

Tasik Kenyir

Uhum.. 28hb-30hb mei, trip to tasik kenyir, Terengganu...

First time aku dipelawa duang (kawan aku), terus aku setuju! Kenapa? Sebab aku tak pernah pergi tasik-tasik, pulau-pulau, laut-laut dengan houseboat... senang cakap aku tak pernah naik bot la (cakaplah aku jakun pun tak kisah)..

so, aku tak lepaskan peluang ni.. trip ni tujuan sebenarnya adalah untuk pergi memancing bukan mandi air terjun or tidur chalet or jungle tracking bagai..

apa yang aku nak cerita ni? Haha.. nak beritahu yang aku tersangat takjub dan terpesona dengan keindahan tasik kenyir ni.. tasik yang sangat luas! selalu tengok dalam tv je.. bila depan mata dah macam laut dah aku tengok... Maha Suci Allah.. sangat indah ciptaanMu ini, tiada tandingan..

memanglah tasik kenyir ni tasik buatan, tapi air, bukit-bakau, kayu balak tu manusia tak boleh buat.. bila tengok air yang tenang tak pernah terusik, kayu balak yang timbul sedikit di atas air tasik, aku ternganga terpesona.. pemandangan yang sangat indah betul-betul di depan mata aku ni ha.. mula-mula tengok rasa nak nangis je.. tengoklah gambar-gambar kat bawah ni.... korang imagine la macam mana kalau korang (yang tak pernah pergi lagi la) tengok depan mata...:)




air macam kain dah aku tengok.. rasa macam boleh berjalan je atas air ni..

tak tahu kenapa air tenang macam ni.. ni kat tengah-tengah tasik.. terlalu dalam or tiupan angin tak sampai kat sini...


gaya seorang pencinta alam.. heh..:P






kepada siapa-siapa yang nak melancong tuh, pergi tasik kenyir pun dah cukup best.. sewa la houseboat dalam rm2k lebih untuk 3 hari 2 malam (houseboat ada astro tau!).. pergi lah bermalam dekat dengan air terjun langsir ke taman Negara ke.. bagi yang suka memancing, ada port dia sendiri lak.. bangga pulak aku dengan Malaysia ni... hehehe...:P

p/s: oh ya, kemahiran aku mengsnap gambar masih kurang


Moral Of The Story – ciptaan Tuhan tiada tandingan

11 comments:

efa fairuz said...

weh!! lawanyehh.. pehh! ni yg rase nk g jugak nih..

eh sori la kamera aritu aku kate nk bg pinjam kan..charger bateri die dah ilang, abe yuh nk g anta ke mu pun serba salah sbb bateri sikit sgt dah.. huhu

farwalis said...

gampang!

aku benci korang!

benci!

benci!!!!

macam gampang!!!!

jagalah hati aku sikit wehhh!!!

jangan upload gambar boleh tak??

delete skang! skang skang!!

citahrudin said...

caki..

jay ni mmg peseng nak kena campak ke laut sbenarnya

JAY said...

kakak: ahahaha.. memang sgt lawa! terdiam jap mase mula-mula lalu tengah tasik tuh.. huhu.. tadehal, nasib baik henset aku mahal.. hahhahaha..:P

caki: ingat aku uplod ni untuk mu ke? hehehe..:P

masitah: hahahahahaha... campak la kat tasik.. aku dah jatuh cinta dengan tasik!!

gelarezz said...

boleh r jalan atas air tuh..
kau tak try ke?
haha

Haa Fakihah said...

kenyir mmg lawa. yg pasti aku dlu smpai seblom mu. hehe.

benci giler gmbr gergasi depe tgn tuh. mencacatkan permandangan. :P

JAY said...

farah idayu: hahaha.. dah try.. tak boleh rupanya.. ingatkan boleh.. hahaha.. damn!

kacik: hahahaha.. kan ensem tuh.. tengok dari belakang pun boleh terpikat.. huhu..:P

emma_reflessia said...

jay..bkn air terjun langsir r...
air terjun lasir lol.....
ishk3......

JAY said...

hahaa.. yeke? my bad.. hahaha!

JAY said...
This comment has been removed by the author.
rowena ridzuan said...

salam jay,

nak tanya sikit. kalau nak ke gua-gua berhampiran tasik kenyir tu memang kena sewa bot siap-siap ke?

sebab setakat yang saya survey, satu bot RM 400-500. macam lari budget di situ. sebab kami cuma berdua je. ingat nak main hitch je mana-mana bot yang hampir penuh. agak-agak boleh tak?

thank u in advance for ur reply. really appreciate it.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails