Sunday, July 4, 2010

Bercakap Ketika Azan

baik la pulak aku kan? cakap pasal agama-agama nih.. tapi just nak share...

kebanyakan kita (melayu islam) ramai yang endah tak endah pasal ni kan? bila azan je tetap dengan rutin sendiri contohnya berbual, bermain, menyanyi... aku pun tak terkecuali dulu... tapi semenjak dua menjak aku berfikir secara matang ni, tak boleh ke kita diam dan berhenti melakukan sesuatu perkara bila azan sedang berkumandang? sekejap je pun.. aku ni pun amal ibadat takde la banyak mana, setidak-tidaknya benda yang senang nak buat macam ni kita amalkan lah.. tak gitu? hoho..:P


Diriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:

“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”

Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya, tanya mereka, “Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?” Jawab Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu iaitu semasa hayatku dulu, apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta-merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka” "


sumber dari hurairah.net

kalau bukan kita yang beragama Islam ni yang hormat azan, siapa lagi?


p/s - aku pun takde lah perfect sangat... sama-sama ingat mengingati..:)


Moral Of The Story - sharing is caring

6 comments:

Pencacai Alim said...

yezza utz..betul tuh..mmg hebat ah...

Jay said...

sekadar mengingatkan...:)

farwalis said...

islam itu indah. ;)

umat Rasulullah paling beruntung.

tapi aku tetap.....leka...

Jay said...

manusia akhir zaman..:)

hamzah ian said...

gua sokong je

Jay said...

benda baik..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails