Friday, June 11, 2010

Benda Yang Orang Ramai Suka Tapi Aku Tak Suka

Yea, tak semestinya orang suka aku pun suka..

1. Manchester United (MU)

Perghh! No 1 dalam list ni.. haha.. memang aku tak suka.. sangat-sangat tak suka.. (mentang-mentang aku sokong Arsenal) hahaha!

Bukan apa, aku tak suka MU ni sebab SIKAP SEGELINTIR penyokong-penyokong diorang (player MU memang power)... diorang tu pun tak lain tak bukan member-member aku gak.. orang lain pun minat bola jugak weh bukan korang je.. kalau team lain kalah sedap je korang sorak dan boo kat penyokong team tu (aku pernah kena) kitorang terima la, anggap just kawan-kawan ejek... tapi kalau team korang kalah then kitorang pulak sorak dan boo, korang emo semacam, tarik muka, menyumpah seranah.. weh, kawan-kawan ejek suka-suka korang ambil serius asal?

Lagi satu, korang sedap je gelar Arsengal, Chelshit, Liverfool, tapi bila kitorang gelar ManchASSter United korang marah-marah lak.. hello, sir alex ferguson tu ada buat jamuan untuk korang ke kalau korang defend MU tuh.. kalau korang boleh kutuk, kena terima la kalau kitorang kutuk balik... durh~

Aku cerita ni bukan pasal sorang dua, mostly budak-budak MU yang aku kenal semua macam nih.. unite sangat korang (habislah aku kena hentam lepas ni) hahahaha!

Tak tuju kat semua fans MU k? Ada je member aku peminat setia MU (nama dia am) selalu rendah diri, contohnya malam ni MU vs Portsmouth, dia akan cakap “aku rasa MU kalah kot, tak pun seri”.. bak kata caki kepada am, “kalau MU kalah kau betul, MU menang kau suka.. $%*#@$#@#!” hahaha..:P

Peace!

2. Durian

Aah.. aku tak suka makan durian... padahal durian ni buah paling digemari di tanah tumpah darahku ini.. no 1 kat Malaysia, raja buah kot.. ohoho.. tapi serius memang aku takde rasa nak makan pun.. makan lah depan aku sambil jilat-jilat biji durian tu memang aku takde feel langsung! Haha..!

Mama aku cakap yang aku ni masa kecil-kecil dulu pernah makan durian.. makan pulak tu dalam kuantiti yang banyak, sumbat punya sumbat... keboommm!! Aku muntah semua durian tu.. sampai sekarang fobia.. hee.. so, semua benda yang berkaitan dengan durian (tempoyak, pulut) memang aku tak leh dan tak akan makan... hoho!

3. Kereta & Motor

Haa, aku tak pernah ada kereta atau motor idaman.. semuanya sama je bagi aku.. asalkan boleh bergerak, ok la... tak macam budak-budak laki yang lain, gila kereta or motor, tukar tu tukar ni, cakap pasal evo, skyline, rxz semua.. aku takde perasaan pun untuk semua tuh.. aduh..

Maybe sebab arwah abah aku tak pernah dedahkan aku dengan kereta dan motor ni.. dia tak bagi aku sentuh kereta dan motor dia.. aku pandai drive kereta dan motor pun sebab belajar dengan orang lain.. arwah abah ada sekali je ajar aku drive kereta tu pun masa aku dah pandai sikit-sikit.. kalau nak ajar dari mula, memang tak.. maybe sebab dia tau yang anak dia ni ada sikap obsess yang kuat, bila aku suka sesuatu memang aku suka gile-gile! (orang tua lebih memahami)

4. Blog

Eh, ingat aku suka sangat ke berblog nih? Tulis diari pun tak pernah, nak buat blog lak.. aku ni jenis senang terpengaruh.. aku buat blog ni pun selepas diprovoke oleh member aku, caki namanya.. macam-macam dia cakap pasal benefit yang boleh didapati dari blog and then aku percaya dan terbuat blog cerita-cerita jay nih..

Sebab tu kalau korang perasan entry aku tak banyak mana.. orang lain dekat 20++ posts sebulan, aku nak sampai 10 pun payah.. cerita aku pun bosan-bosan je..

Kalau tak suka blog asal kau update jay?

Moral OF The Story – setiap orang ada persepsi sendiri..:)

8 comments:

farwalis said...

pasal MU tu. peminat peminat dorang memang unite.

the more u hate, the more we unite.

kalau kalah EMO macam haram. menyusahkan orang!

dia provoke orang leh plak

azira ariffin said...

aku pon xsuka duriannnn
buekk

Jay said...

caki: itulah... aku tak suka yang emo-emo tuh.. orang lain tengok bola gak.. durh~

azira: haha.. ok, kite geng!

gelarezz said...

tulis kat BLOG yg kau tak suke BLOG..
kahkahkah

Jay said...

farah: hahaha.. takpe, blog ni tak kecik hati punya.. hahaha!

Farah Farhana said...

mu same xske
tp durian kgemaranku!!!

Jay said...

farah07: gud! MU sangat tak best!

syuxer said...

Cis xpasal2 aku jadi emo hahaha..aku ni fans mu yang baek2 je abe jay..kalah aku redho ajola..heheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails