Tempat: rumah sewa aku, perdana villa, cheras
Masa: dalam bulan puasa tahun lepas
Waktu dekat jam dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi.. budak-budak rumah aku termasuk aku la dah ready nak bersahur.. setelah membeli nasi bujang sorang satu, tinggal satu je lagi tugasan iaitu air minuman.. budak-budak ni nak air teh o panas!
Pok Loh (salah sorang budak rumah aku) berjalan ke dapur, gaya macam nak buat air je..
Pok Loh: jay, *maghila tulong buak air nih.. aku dop weti.. lamo kea manih letting aku dop tau.. (penuh dengan nada rendah diri)
Aku: yela yela.. senang je kot buat air, nak-nak air teh o.. heh..(kata aku sedikit meninggi diri sambil berjalan ke dapur)
Sambil mengambil serbuk teh dan gula selepas menuang air panas ke dalam jag..
Aku: gini yea puan-puan, mula-mula sediakan serbuk teh dan gula beserta air panas.. (ala-ala gaya chef wan)
Pok Loh menikus je belakang aku, memerhati..
Aku: kemudian, kita masukkan satu sudu serbuk teh.. lepas tu, masukkan sudu empat gula..(nada berlagak)
Eh, asal bunyi macam pelik? Aku dengar sayup-sayup Pok Loh terkekeh-kekeh kat belakang aku.. slow je dia tahan gelak.. aku buat muka selamba.. . lepas itu aku bawa air tu ke ruang tamu di mana budak-budak rumah aku dah ready buat bulatan nak makan sama-sama... Pok Loh ikut belakang..
Pok Loh: **nok tau dop, nok buak air teh o hok sedak, keno masukkan sudu empat gulo.. hahahaha..
Budak-budak lain saling berpandangan, tengok muka gelap aku yang cover malu..
“Hahahahahahahahahahahahahahahahahaa!!!” dorang bantai gelak kuat-kuat.. cepat tangkap betullah dorang nih..
%@#%*^*&##$#@%!!!
*tolonglah buatkan air ni.. aku tak reti.. nanti kang terlebih manis bukan salah aku tau..
**nak tahu tak, kalau nak buat air teh o yang sedap
Moral Of The Story – dalam jam 3 hingga 6 pagi, sila kurangkan bercakap!
5 comments:
setahun, sebulan je salah cakap.
:)
mg mmg selalu salah cakap!
din ,, kurangkan cakap .. ;)
fabregas nak sangat balik barca. tandanya?
tandanya arsenal kelab yang hanya akan...mencabar. haha
alaaa. wat cOol je kalO salah cakap ekeke :P
Post a Comment